Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Kenyataan Akhbar Sisters in Islam Berkenaan Perasmian "Tabung Bantuan Guaman Dr. Nik Noriani Nik Badli Shah" (19 May 2015)
email to someone printer friendly

KENYATAAN AKHBAR SISTERS IN ISLAM BERKENAAN PERASMIAN “TABUNG BANTUAN GUAMAN DR NIK NORIANI NIK BADLI SHAH”

Sisters in Islam (SIS) ingin melahirkan rasa syukur terhadap pelancaran dan perasmian Tabung Bantuan Guaman Dr Nik Noriani Nik Badli Shah. SIS berharap tabung ini dapat membantu meringankan beban pelanggan Telenisa khususnya wanita dan ibu-ibu tunggal sewaktu dalam proses pemfailan mahkamah dalam perjuangan menuntut keadilan.

Tabung ini dinamakan sempena memperingati jasa dan sumbangan Dr Nik Noriani Nik Badli Shah yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 2015. Ia bertujuan untuk meneruskan legasi perjuangan beliau bersama SIS bagi menegakkan keadilan di dalam sistem perundangan keluarga Islam. Beliau merupakan seorang cendekiawan SIS yang telah memainkan peranan penting di dalam penggubalan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 ketika beliau masih berkhidmat di Jabatan Peguam Negara.

Dr Nik Noriani pernah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara dari 1986 hingga 1996 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang dan Timbalan Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang. Kepakaran beliau dalam bidang perundangan Islam diakui sehingga beliau dilantik oleh Peguam Negara pada tahun 2005 sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Teknikal Syariah bagi menyemak dan mengkaji semula undang-undang Syariah di Malaysia.

Usaha Dr Nik Noriani yang konsisten dalam mereformasikan sistem perundangan keluarga Islam dapat dilihat melalui karya penulisan beliau seperti Undang-Undang Keluarga, Nafkah dan Hak-Hak Kewangan Lain (1993), Pekahwinan dan Perceraian di bawah Undang-Undang Islam (1998) dan Marriage and Divorce: Law Reform within Islamic Framework (2012). Penulisan beliau masih lagi digunakan sebagai rujukan pengamal undang-undang dan juga teks pengajian mahasiswa undang-undang bukan sahaja di Malaysia malah sehingga ke Pakistan di mana buku beliau telah diterjemahkan ke bahasa Urdu.

Tesis PhD beliau yang bertajuk “Comparative Concepts of Justice in Islamic and Western Legal-Political Thought: A Dual Heritage Affecting Gender Justice in Malaysia” telah diiktiraf sebagai tesis terbaik dalam tempoh 15 tahun oleh International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Tidak dapat dinafikan bahawa Dr Nik Noriani merupakan seorang yang sangat berilmu pengetahuan dan tidak pernah lesu berjuang untuk keadilan bagi wanita. Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan besar khususnya bagi Sisters in Islam dan umat Islam secara amnya.

Perasmian Tabung Bantuan Guaman Dr Nik Noriani Nik Badli Shah ini diharap dapat membantu lebih ramai wanita dan ibu-ibu tunggal menuntut keadilan di dalam sistem perundangan Syariah. Walaupun hak-hak wanita termaktub di dalam undang-undang, malangnya, beban kewangan untuk melalui proses mahkamah merupakan cabaran yang dihadapi oleh ramai wanita. Sebagai contoh, kos permulaan untuk memfailkan kes di mahkamah sahaja boleh mencecah sehingga RM250. Ini tidak termasuk kos-kos lain yang harus ditanggung ketika kes sedang berjalan. Jumlah ini sudah tentu merupakan satu beban besar pada wanita, terutama sekali ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai. SIS berpendirian bahawa akses kepada keadilan tidak patut terhad hanya pada yang berkemampuan dari segi kewangan sahaja. Oleh yang demikian, tabung ini merupakan salah satu cara untuk membantu mendapatkan akses kepada keadilan buat wanita yang terpaksa mengharungi proses ke Mahkamah Syariah.

Kami menggesa supaya pihak berkuasa membaikpulih dan menaiktaraf sistem pentadbiran dan perundangan Syariah untuk meringankan beban wanita yang melalui proses mendapatkan keadilan di Mahkamah Syariah. Ramai wanita terpaksa menanggung beban dengan prosedur yang merumitkan sehingga terpaksa turun naik ke mahkamah bertahun-tahun lamanya. Beban birokrasi serta perkhidmatan bantuan guaman sedia ada tidak memadai bagi wanita untuk mendapatkan keadilan dengan segera.

Perubahan positif mampu dilakukan seperti di Mahkamah Syariah Terengganu yang telah menaiktaraf sistem e-syariah dengan menyelaraskan proses di mana maklumat berkenaan perbicaraan dan perintah boleh diakses secara online. Ini menjimatkan masa dan memudahkan ramai wanita dalam proses menuntut keadilan. SIS amat berharap agar konsep keadilan dan kesetaraan gender dapat diterapkan serta dilaksanakan dalam usaha untuk membaikpulih sistem pentadbiran dan perundangan Syariah, sebagaimana yang telah diperjuangkan oleh Dr Nik Noriani Nik Badli Shah sepanjang hayat beliau.

Kami berharap Tabung Bantuan Guaman Dr Nik Noriani Nik Badli Shah ini mampu meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Dr Nik Noriani dan kami berdoa semoga sumbangan daripada tabung ini menjadi amal jariah berterusan buat Allahyarham.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya (Hadis Riwayat Muslim).

Kak Nik, terima kasih di atas segala-galanya.

Jika anda berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada dana ini, anda boleh melakukannya melalui cara-cara berikut:
1. Cek di atas nama SIS FORUM (MALAYSIA) dan dihantar kepada
SIS Forum (Malaysia)
No. 4, Jalan 11/8E
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan Malaysia

2. Pemindahan Telegrafik/Telegraphic Transfer (TT) ke akaun bank kami dengan maklumat berikut:

Nama Akaun: SIS FORUM (MALAYSIA)

Nama dan Alamat Bank: CIMB Bank Berhad (Jalan Gasing) No. 111 & 113, Jalan Gasing 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Nombor Bank CIMB: 8003395345 Kod Swift: CIBBMYKL

Sisters in Islam 19 Mei 2015
JAG : Malaysia must act now to save human lives, protect victims of trafficking (18 May 2015)
email to someone printer friendly

Joint Action Group for Gender Equality

Press Statement, 18 May 2015

Malaysia must act now to save human lives, protect victims of trafficking

For more information, contact:
Sumitra Visvanathan sumitra.wao@gmail.com / 03 7957 0636


We are appalled at the impending loss of life, trauma and serious human rights violations affecting the thousands of trafficked migrants, stateless persons and refugees now being ping-ponged by sea between Thailand, Malaysia and Indonesia. This is a human crisis of epic proportions, taking a devastating toll on the women, men and children still on the boats. Malaysia must act now to save and protect human lives.


This human crisis is spiraling due to government inaction. All three countries are simply eyeballing each other and none are willing to act with the immediacy that the situation demands: allow the people to disembark and provide them emergency aid. The three countries including Myanmar must be take responsibility by doing what is the most needed for the victims of trafficking.

We must show respect for human lives, for human dignity and human rights. The inaction demonstrates an unforgiveable disregard for the time honored international obligation, as codified by the United Nations Convention of the Law of the Sea, to rescue distressed people at sea and to extend protection to people fleeing persecution. These obligations are enshrined as binding on all countries.

As a state party, we remind Malaysia of CEDAW’s General Recommendation 32, which requests state parties to “recognize that trafficking is part and parcel of gender- related persecution, with the result that women, girls and children who are victims of trafficking or who fear becoming victims should be informed of and effectively enjoy the right of access to asylum procedures without discrimination or any preconditions.”

Victims of trafficking have the right to care and protection guaranteed under our Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. We recognize the initiatives to identify and prosecute traffickers and to demolish their criminal syndicates. Yet, under our laws, these initiatives must be victim-centered and ensure victims of trafficking are treated humanely and accorded their due rights. The conditions on the boats, the coercion, abandonment and horrific abuses committed by the traffickers are being increasingly documented through interviews with survivors. It places all people on the boats squarely within the protections guaranteed victims under our Anti-Trafficking in Persons legal framework. We must activate the Act’s victim-centered care and protection systems with a rights based approach as a matter of priority.

The people who embarked on this dangerous journey are not criminals. Many of them are in search of protection from persecution. Instead, they have been exploited and abused by trafficking syndicates for profit. In these boats are many women, men and children who have already felt the bitterness of protracted and serious violations of their fundamental rights in Myanmar, and the violations have continued to be heaped on them throughout their journey in search of protection. 10 person have already died in the boat with no water and food. It must end now.

This human crisis confronts three key ASEAN member states at a time when ASEAN has declared itself people-oriented and people-centred, and has asserted a commitment to promote and protect human rights and respect for fundamental freedoms.

In times such as this, it is crucial for the member states to look pass the non-interference policy that exist within ASEAN, so they can come together to look into solutions to address this heinous crime of human trafficking – a crime against humanity. Ultimately, this is a critical test whether ASEAN is truly able to live up to its commitments.

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG):
Women’s Aid Organisation (WAO)
Tenaganita
Women’s Centre for Change (WCC) Penang
All Women’s Action Society (AWAM)
Association of Women Lawyers (AWL)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Sisters in Islam
Pemerkosaan Dalam Perkahwinan Tidak Islamik (27 April 2015)
email to someone printer friendly


PRESS STATEMENT

Kenyataan Akhbar
Pemerkosaan Dalam Perkahwinan Tidak Islamik

Sisters in Islam (SIS) memandang serius kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mutakhir ini berikutan kempen “Without Consent” yang dilancarkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang cuba mempertahankan pemerkosaan dalam perkahwinan atas nama Islam.

Sebagai agama yang sangat menyantuni wanita, perhubungan suami isteri di dalam Islam di bina atas dasar kasih-sayang dan hormat menghormati sebagaimana yang dinyatakan oleh Al Quran di dalam Surah Al Ruum ayat 21:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu berdua rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir’

Islam memberikan hak-hak yang sama rata di antara suami dan isteri di dalam perkahwinan dan menyangkut soal perhubungan seksual, Al Quran menyatakan di dalam Surah Al Nisaa’ ayat 19: ‘…dan gaulilah isterimu dengan cara yang makruf...’

Imam Al Ghazali sewaktu menyatakan tentang tanggungjawab suami terhadap isteri memetik firman Allah S.W.T di dalam Surah Al Nisaa’ ayat 36 yang menyatakan : “…Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, saudara mara, anak-anak yatim,  orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahaya kamu…” dan beliau menyatakan bahawa ‘teman sejawat’ yang dirujuk oleh Allah di dalam ayat tersebut bermaksud isteri. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa menyantuni isteri dengan baik bukan sahaja bermaksud tidak menyakiti mereka secara fizikal, bahkan juga secara emosional.

Pemaksaan kepada isteri untuk melakukan hubungan seksual bukan sahaja satu penderaan fizikal bahkan ia merupakan penderaan emosil yang dilarang oleh Islam.

Kenyataan-kenyataan yang membenarkan pemerkosaan dalam perkahwinan adalah bercanggah dengan objektif Al-Quran yang menjamin kesetaraan hubungan antara suami dan isteri berdasarkan semangat mawaddah wa rahmah.

Sisters in Islam
27 April 2015
Kenyataan Media Sisters in Islam Terhadap Desakan Penurunan Lambang Salib di Gereja Taman Medan (20 April 2015)
email to someone printer friendly


KENYATAAN MEDIA SISTERS IN ISLAM TERHADAP DESAKAN PENURUNAN LAMBANG SALIB DI GEREJA TAMAN MEDAN

Sisters in Islam (SIS) amat berdukacita dan kecewa terhadap tindakan sekumpulan penduduk di Taman Medan yang telah mengadakan bantahan sehingga memaksa penurunan lambang salib di sebuah gereja, seperti yang dilaporkan di akhbar baru-baru ini.

Perbuatan yang melanggar adab menghormati hak kebebasan beragama ini amatlah bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia, serta mencabuli peruntukan dari Artikel 11 di dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini.

Di dalam sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia, adalah amat penting begi setiap penganut agama untuk saling menghormati hak beribadat agama penganut  lain. Khas bagi orang-orang Islam, perundingan secara baik adalah dianjurkan seperti maksud firman Allah di dalam Surah al-Ankabut 29: 46 :“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah: Kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

Kenyataan kumpulan yang membantah adanya lambang salib di gereja tersebut di kawasan yang majoritinya beragama Islam dan kebimbangan mereka bahawa golongan muda Islam akan tergugat iman adalah tidak munasabah. Lambang salib sudah menjadi identiti fizikal mana-mana gereja di Malaysia dan seluruh dunia dan bukannya sesuatu yang mempunyai kuasa ajaib yang dapat menggugat keimanan mana-mana orang Islam. Sebagai orang Islam juga, mereka patut mempunyai keimanan yang sebenar bahawa Allah adalah Pemilik Kuasa yang mutlak, dan tidak perlu ada ketakutan terhadap sesuatu lambang agama lain. Tidak pernah ada  satu laporan bercetak di Malaysia yang generasi muda Islam bertukar agama selepas melihat  lambang salib yang dipaparkan di bangunan gereja. Alasan yang diberikan oleh kumpulan yang membantah tersebut lebih berbaurkan elemen ekstremis yang bahaya dan perlu dibanteras dan ditolak oleh masyarakat Malaysia.

Lambang salib sudah digunapakai berkurun lamanya dan tidak pernah ada pengajaran dari Al Quran mahupun hadis Nabi yang menyuruh umat Islam untuk membuat bantahan seperti mana yang berlaku di Taman Medan. Malahan, Islam mempunyai kadar pertumbuhan penduduk agama yang paling tinggi di dunia menurut kajian Pew Research Centre.

SIS juga ingin memperingatkan di dalam sejarah permulaan Islam semasa berhadapan dengan tentangan dari kaum kafir Quraish di Mekah, tempat perlindungan yang pertama diberikan kepada ‘penghijrahan kecil’ orang Islam adalah daripada Raja Habsyah yang beragama Kristian. Kisah riwayat hidup Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada bersikap baik dengan orang-orang yang bukan Islam, contohnya layanan baik baginda sendiri  terhadap jirannya seorang wanita Yahudi. Ada juga satu peristiwa apabila sekumpulan Kristian dari Najran melawat Rasulullah s.a.w, dan mereka diizinkan oleh baginda untuk melakukan ibadah di suatu sudut di dalam masjid di Madinah manakala Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin melakukan solat jemaah di waktu yang sama.

Sebagai golongan majoriti Islam di negara ini, seharusnya kita menunjukkan sikap yang mulia dan menghormati hak beribadat kepada golongan minoriti, dan bukannya bersikap angkuh dan tidak sensitif seperti yang berlaku di Taman Medan.


Sisters in Islam
20 April 2015
Kenyataan Media Berkenaan Usul Rang Undang-Undang Peribadi untuk Meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 (7 April 2015)
email to someone printer friendly

PRESS STATEMENT

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN USUL RANG UNDANG-UNDANG PERIBADI UNTUK MEMINDA AKTA MAHKAMAH SYARIAH 1965

Sisters in Islam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang membelakangkan dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dengan tindakan beliau yang akan membentangkan Usul Rang Undang-Undang Peribadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Hukuman Jenayah) 1965 untuk meluaskan bidangkuasa hukuman jenayah bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan 1993 dilaksanakan.

Kami memandang serius tindakan beliau ini yang ultra-vires dengan Perkara 75, 76 dan 76A Perlembagaan Persekutuan. Kami juga menggesa agar Ahli-Ahli Parlimen supaya menghormati pembahagian bidang kuasa antara Persekutuan dan Negeri serta menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.


Kami juga menggesa agar Parti Islam Se-Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan memberikan lebih tumpuan dan prioriti kepada pembangunan ekonomi negeri dan pembangunan pasca-banjir kerana ia lebih menepati Maqasid Syariah dan tanggungjawab kepimpinan dalam Islam.


Kami sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan 1993 adalah bertentangan dengan doktrin asas Perlembagaan. Kami berharap agar Usul Rang Undang-Undang Peribadi yang akan dibentangkan pada hari ini akan ditolak.

SISTERS IN ISLAM
7 APRIL 2015
KENYATAAN MEDIA SISTERS IN ISLAM TERHADAP UGUTAN BERBENTUK JENAYAH KEPADA AISHAH TAJUDDIN (20 March 2015)
email to someone printer friendly


KENYATAAN MEDIA SISTERS IN ISLAM TERHADAP UGUTAN BERBENTUK JENAYAH KEPADA AISHAH TAJUDDIN

Sisters in Islam mengecam sebarang tindakan kekerasan dan ugutan terhadap Aishah Tajuddin berikutan daripada video satira “Kupas” terbitan bersama BFM dan Projek Dialog yang membincangkan tentang Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 18 March 2015 yang lepas.

Ugutan yang diterima oleh Aishah Tajuddin merupakan satu tindakan jenayah di bawah Seksyen 503 dan 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih darui tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya. Kami juga menyeru agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kamar Peguam Negara mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang melakukan ugutan jenayah tersebut.

Ugutan berbentuk jenayah yang dilakukan terhadap Aishah Tajuddin adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dan kebebasan berpendapat yang telah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kami juga percaya bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 bukanlah sesuatu yang sakral dan tidak boleh dikritik secara substantif dan dari sudut pelaksanaannya. Ia juga terbuka kepada cabaran perundangan di Mahkamah melalui satu semakan kehakiman.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh Aishah Tajuddin di dalam video satira tersebut seperti masalah pasca-banjir, dadah dan kemiskinan juga harus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan dijadikan keutamaan (awlawiyat) berbanding dengan melaksanakan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993.

Dr Yusuf Al Qaradawi di dalam Kitabnya Fi Al Fiqhi Al Awlawiyat: Dirasah Jadidah Fi Daw’I Al Quran Wa Al Sunnah menyatakan bahawa antara kesalah fahaman yang sering terjadi kepada para pejuang Islam adalah kerana terlalu taksub dan berlebih-lebihan di dalam memberikan tumpuan kepada pelaksanaan Hudud, Qisas dan Ta’zir sehingga menimbulkan tanggapan yang kurang baik terhadap kalangan orang awam.

Terbaru, dalam satu temuramah Al Jazeera pada tahun 2011 beliau menyatakan pelaksanaan Hudud bukanlah satu keutamaan di saat rakyat masih lagi kelaparan, peluang pekerjaan juga sukar untuk di dapati dan negara masih gagal menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi kepada rakyat.

Kami menyeru agar kita bersikap lebih objektif dan berlapang dada dalam menerima sebarang kritikan dan tidak terburu-buru menuduh Aishah Tajuddin atau sesiapa sahaja yang mengkritik dan memberikan sarana terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993.

Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 untuk memasuki ruang awam melalui saluran demokrasi oleh yang demikian sesiapa sahaja berhak bersuara tentang undang-undang tersebut sebagaimana yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sisters in Islam

20 Mac 2015
Tindakan JAWI Terhadap Nik Raina Nik Abdul Aziz Merupakan Satu Penghinaan Terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Bertentangan dengan Prinsip-prinsip Keadilan Islam (16 March 2015)
email to someone printer friendly


KENYATAAN MEDIA: TINDAKAN JAWI TERHADAP NIK RAINA NIK ABDUL AZIZ MERUPAKAN SATU PENGHINAAN TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP-PRINSIP KEADILAN ISLAM

Sisters in Islam melahirkan kekecewaan dengan tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang terus melakukan tindakan intimidasi terhadap Nik Raina Nik Abdul Aziz dan penghinaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang telah mengarahkan agar Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk menarik balik dan membatalkan tangkapan dan pendakwaan terhadap Nik Raina Nik Abdul Aziz. Tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan JAWI ini bukan sahaja merupakan satu penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bahkan ianya juga bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan di dalam Islam.

Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan selaku seorang yang memegang jawatan awam adalah tertakluk kepada keputusan semakan kehakiman yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22.3.2013 dan Mahkamah Rayuan pada 30.12.2014. Pengabaian terhadap perintah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap kedudukan sistem perundangan dan Perlembagaan Persekutuan. Kami menyeru agar Peguam Negara sebagai “guardian of the public interest” mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penghinaan mahkamah yang telah dilakukan oleh Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan JAWI ini.

Kami melihat tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan JAWI adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan Islam dan sekaligus memberikan imej yang negatif kepada pihak berkuasa agama di negara ini secara khusus dan Islam secara umum.

Pendakwaan terhadap Nik Raina Nik Abdul Aziz merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah dan pendakwaan yang berniat jahat (malicious prosecution). Bukankah Al Quran menyatakan - Sesungguhnya Allah memerintahkan untuk berlaku adil dan berbuat ihsan (Surah Al Nahl 16:90)

Nik Raina Nik Abdul Aziz telah diperlakukan seperti seorang penjenayah walaupun beliau belum dibicarakan oleh Mahkamah Syariah. Ini bercanggah dengan prinsip Al Aslu Baraah Al Zimmah – Seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan oleh Mahkamah – yang menjadi asas kepada sistem pengadilan jenayah di dalam Islam.

Tindakan JAWI ini juga merupakan satu pencabulan terhadap Perkara 5, 8, 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan kerana bertentangan dengan hak kebebasan asasi. Ia juga membuka ruang diskriminasi kepada pekerja-pekerja Muslim yang turut mempunyai kebarangkalian untuk berhadapan dengan pendakwaan seperti yang terjadi ke atas Nik Raina Nik Abdul Aziz.

Sisters in Islam
16 March 2015
MalaysiaKini: Jawi breaches Syariah Index in Borders appeal (16 March 2015)
email to someone printer friendly


‘Jawi breaches Syariah Index in Borders appeal’

The Federal Territory Islamic Department’s (Jawi) appeal the Kuala Lumpur Syariah High Court’s decision to free Borders bookstore manager Nik Raina Abdul Aziz contravenes Malaysia’s own Syariah Index, said Sisters in Islam (SIS).

SIS executive director Ratna Osman (below) said instead of repeatedly prosecuting Nik Raina, who is a victim of circumstance, the Syariah Index suggests that Jawi should look to help her.

The Islamic Development Department (Jakim’s) Syariah Index speaks of justice according to the maqasid syariah (objectives of the teachings of Islam).

“Why isn’t Jawi practising this key element of maqasid syariah, that is, what is the best interest of public or for Muslim society with Jawi filing for the appeal against Nik Raina?

“Jawi should be the first government body to actually carry out the spirit of justice in this context and should have shown it in an exemplary behaviour dealing with Nik Raina's case, unfortunately they seem to fail in this,” she told Malaysiakini.

Nik Raina was charged with distributing Irshad Manji’s Allah, Love and Liberty for allegedly going against the tenets of Islam, but the book was not yet banned when Jawi raided the store in Bangsar, Kuala Lumpur.

The Syariah Court on Feb 26 issued Nik Raina a discharge not amounting to an acquittal after the civil Court of Appeal found the raid illegal.

Ratna said the Syariah prosecutor had that day left it to the Syariah Court to decide the case given the civil court decision, and is thus committing contempt by appealing the matter.

‘Jawi wasting tax money’

Jawi had been ignoring procedures since day one, she said, starting from the raid six days before the book ban was declared illegal all through to last Friday, when they served the appeal notice to Nik Raina personally and not to her lawyers, she said.

Jawi’s action against Nik Raina (left in photo) reeks of “malicious prosecution” when she was just an employee attached with the bookstore and not the proprietor, Ratna added.

“Jawi is wasting taxpayer’s money by pursuing this nonsensical matter where society does not benefit. It is also oppressive and Islam is against oppression,” she said.

Yesterday it was reported that Nik Raina is distraught with her continued persecution over what was simply her job of managing the bookstore.

Her lawyer Rosli Dahlan complained that Jawi’s harassment of his client is “vindictive” and “irrational”.
Syariah Court’s Decision Supports Muslims Right to Work without Fear (26 February 2015)
email to someone printer friendly


PRESS STATEMENT
“Syariah Court’s Decision Supports Muslims Right to Work without Fear”

The decision by the Kuala Lumpur Syariah High Court to discharge Nik Raina Nik Abdul Aziz is very much welcome and highly anticipated. Sisters In Islam (SIS) commends the Syariah Court for showing compassion exercised in the interest of justice, and for recognising the hardship, suffering and pain experienced by Nik Raina throughout the extended duration of her case.

For three long years, Nik Raina was stigmatised by the accusation that she had insulted Islam and was treated like a criminal, when in fact she was just doing her job as a bookstore manager. This decision supports the right of Malaysian Muslims to work without the threat of being arbitrarily arrested and prosecuted without reasonable cause.

We concur with the remarks made by the Honourable Judge Yang Arif Mohd Amran Mat Zain, who in his wisdom noted to the effect that the spirit of both the civil court and the syariah court are grounded in justice. By discharging Nik Raina and disallowing further delay to the case by the Federal Territory Islamic Religious Department (JAWI), the Honourable Judge put into practice the Islamic principles of justice and fairness, as envisaged by the Federal Constitution.

This is in line with Surah An-Nisa verse 135, which states, “O ye who believe! Stand out firmly for justice as witnesses to Allah even as against yourselves or your parents or your kin and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts) lest ye swerve and if ye distort (justice) or decline to do justice verily Allah is well-acquainted with all that ye do.”

In the way the learned Judge has acted in the spirit of this verse, so also do we hope that the Attorney General’s Chambers will espouse these same higher ideals (of justice and fairness) by not pursuing any further appeals in defence of JAWI’s unlawful actions before the Federal Court.

SISTERS IN ISLAM

26 February 2015
The Rakyat Post : SIS says Syariah Index not new, poses many questions (12 February 2015)
email to someone printer friendly


SIS says Syariah Index not new, poses many questions

sis-ratna-L
KUALA LUMPUR, Feb 12, 2015: Sisters in Islam (SIS) said, contrary to claims, the recently launched Malaysian Syariah Index was not exactly new. The Muslim non-governmental organisation also took the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) to task over the questionnaires used to create the index. SIS executive director Ratna Osman pointed out that a Syariah Index Project could be tracked back to 2006, whEN Tun Abdullah Ahmad Badawi was the Prime Minister and when the Malaysian government had commissioned the Cordoba Initiative to create such an index. “We don’t know what happened to that project and how much the government had spent. “Could it be the same one? We don’t know because there was no mention of the 2006 Syariah Index Project, led by Imam Feisal Abdul Rauf. “This one (launched on Tuesday) was said to born through discussions in 2013,” she told The Rakyat Post.
She also said that under the 2014 Economic Islamicity Index, by Hossein Askari, an Iranian-born professor of International Business and International Affairs at George Washington University, Malaysia was ranked No. 33.
Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden and the United Kingdom had taken the top five spots in that order and Malaysia’s neighbour to the south, Singapore, was ranked seven. Another index, published in 2010 by the Global Economy Journal ranked New Zealand the highest in the Overall Islamicity Index while Malaysia was No. 38, just below Singapore at No. 37. With these other indexes already having taken place, Ratna had a few more questions about Malaysia’s new Syariah Index. “How is this one different than those that already existed? “If Malaysia was already ranked before, did the Malaysian government take note?” She also criticised Jakim and the International Islamic University, which were referred to in creating the new index. “We got hold of the questionnaires by Jakim and we’ve gone through it.
“Most of the questions are very leading and quite abstract,” she said, adding that they suspected that the line of questions were academically dishonest.
For example, some of the questions asked on whether some programmes, such as zakat distribution centres, were “effective” while not clearly defining what they meant by ‘effective’. “How do you measure that the zakat centre is effective? The audit is not made public and it is not required. Does effective mean there is no more poverty in Malaysia?”
Go to page   <<        >>  

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap