Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Forum: "Antara Islam & Melayu: Pengembangan Islam di Indonesia & Malaysia - Apa kaitannya dengan Cambodia?"
email to someone printer friendly

poster_forum_islam_melayu_1.png
Forum “Antara Islam dan Melayu : Pengembangan Islam di Indonesia dan Malaysia – apa kaitannya dengan Cambodia?”

Tarikh : 1hb Disember 2012
Tempat : Armada Hotel, Petaling Jaya
Waktu : 9.30 pagi – 1.30 petang ( 9.00 pagi - 9.30 pagi pendaftaran )

Penyertaan adalah percuma dan makanan ringan akan disediakan

Penceramah : Dr. Haji Agus Sunyoto atau lebih dikenali sebagai Pak Agus, ialah pensyarah Sejarah di Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia, juga Ketua Bahagian Kebudayaan Nahdlatul Ulama, organisasi Islam terbesar di Indonesia. Beliau juga penulis buku-buku tentang sejarah para Wali di Indonesia, terutamanya ‘Wali Songo’.

Islam dikembangkan dari Indonesia ke Malaysia atau dari Malaysia ke Indonesia?

Siapa yang mengembangkan Islam secara meluas di Nusantara Melayu? Apakah benar orang - orang Arab?

Apakah sebabnya Islam pernah ditolak dan kemudiannya boleh diterima secara meluas di Indonesia dan Malaysia?

Mak Yong, Kuda Kepang, adat bersanding ... Apakah budaya dan adat resam Melayu bercanggah dengan Islam dan harus dihapuskan?

Pak Agus akan mengungkap banyak fakta sejarah penting yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan orang Malaysia. Beliau juga akan membincangkan tentang isu Islam dan budaya.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar dan berdiskusi dengan Pak Agus Sunyoto !

Jemputan adalah terhad (pra pendaftaran diperlukan). Tarikh tutup penyertaan adalah jam 5 petang 26 hb Nov 2012 (Khamis)

Sila RSVP kehadiran anda pada Azareena di talian 03-77856121 atau emel melalui emel azareena@sistersinislam.org.my

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap