Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Kenyataan Media Berkenaan Usul Rang Undang-Undang Peribadi untuk Meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 (7 April 2015)
email to someone printer friendly

PRESS STATEMENT

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN USUL RANG UNDANG-UNDANG PERIBADI UNTUK MEMINDA AKTA MAHKAMAH SYARIAH 1965

Sisters in Islam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang membelakangkan dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dengan tindakan beliau yang akan membentangkan Usul Rang Undang-Undang Peribadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Hukuman Jenayah) 1965 untuk meluaskan bidangkuasa hukuman jenayah bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan 1993 dilaksanakan.

Kami memandang serius tindakan beliau ini yang ultra-vires dengan Perkara 75, 76 dan 76A Perlembagaan Persekutuan. Kami juga menggesa agar Ahli-Ahli Parlimen supaya menghormati pembahagian bidang kuasa antara Persekutuan dan Negeri serta menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.


Kami juga menggesa agar Parti Islam Se-Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan memberikan lebih tumpuan dan prioriti kepada pembangunan ekonomi negeri dan pembangunan pasca-banjir kerana ia lebih menepati Maqasid Syariah dan tanggungjawab kepimpinan dalam Islam.


Kami sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan 1993 adalah bertentangan dengan doktrin asas Perlembagaan. Kami berharap agar Usul Rang Undang-Undang Peribadi yang akan dibentangkan pada hari ini akan ditolak.

SISTERS IN ISLAM
7 APRIL 2015

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap