Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Kenyataan Akhbar: Keadilan untuk Sisters in Islam (17 Jun 2019)
email to someone printer friendly


Pada 17 Jun 2019, Sisters in Islam (SIS) datang kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar bantahan perundangan terhadap kes fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tarikh asal untuk pendengaran kes tersebut telah ditetapkan pada 2 Mei 2019, akan tetapi telah ditangguhkan diatas permintaan wakil MAIS atas sebab-sebab perubatan. "Setelah berbulan menunggu, kami teruja kerana kami berada di mahkamah pada hari ini," kata Rozana Isa, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam.

"SIS memberi keyakinan penuh bahawa sistem keadilan di Malaysia akan mendukung integriti yang tinggi dan keadilan akan diberikan kepada kami."

SIS adalah satu pertubuhan wanita yang memajukan hak-hak wanita Islam di Malaysia. Perkhidmatan Telenisa kami telah membantu lebih daripada 8,400 wanita dan lelaki di Malaysia dan telah memberikan kehidupan yang berbeza untuk lebih dari sepuluh ribu orang. Program-program jangkauan kami telah memberikan kesedaran kepada wanita tentang hak-hak mereka, dan juga mewujudkan satu platform penting untuk membincangkan secara terbuka akan isu-isu semasa yang melibatkan kehidupan wanita.


Di antara isu-isu lain yang sangat ditekankan oleh SIS termasuklah gesaan menghentikan perkahwinan kanak-kanak, menghentikan khatan untuk perempuan dan menjadikan perkosaan dalam perkahwinan satu jenayah di negara ini. SIS juga memainkan peranan yang penting dalam mendorong pembaharuan undang-undang khususnya Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

Sejak dikenakan perintah fatwa dari MAIS, operasi kami telah terjejas teruk bila mana program-program kami telah diperiksa secara tidak wajar oleh pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi, kami mendapati yang pertubuhan kami digunakan sebagai kambing hitam politik untuk memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu dan memberi kesan ke atas kerja-kerja yang kami lakukan.


"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, penyokong, dan rakan kongsi yang hadir untuk memberikan sokongan pada hari ini, serta mereka yang telah banyak memberi galakan dan solidariti bersama kami," kata Rozana. "Keyakinan sahabat-sahabat kami terhadap misi kami untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan menguatkan pendirian kami ke atas kerja-kerja yang kami lakukan untuk wanita di Malaysia."


Sisters in Islam
17 Jun 2019

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap