Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Harta pusaka suami dibahagi ikut faraid
email to someone printer friendly


Soalan:

Suami saya telah meninggal dunia dua bulan lepas dan dia ada meninggalkan harta pusaka. Adakah ibu mertua saya mempunyai hak ke atas harta pusaka tersebut? Berapa pula bahagian yang tinggal untuk saya dan dua orang anak perempuan saya?

Selain itu, suami saya masih berhutang duit mas kahwin. Masih bolehkah saya tuntut mas kahwin tersebut?

Emma Syafawati Wahab,
Ipoh, Perak.

Jawapan:

Apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia, sudah tentu kita berdepan dengan persoalan pembahagian harta pusaka. Malaysia secara amnya mengambil pendapat Mazhab Shafie dalam hal perundangan Islam.

Maka, menurut Mazhab Shafie, terdapat beberapa peringkat dalam menguruskan pembahagian harta pusaka, sebelum boleh dibahagikan mengikut sistem faraid kepada ahli-ahli waris.

Peringkat pertama, hendaklah diselesaikan hutang yang masih ada ke atas harta peninggalannya. Contohnya, jika arwah suami puan ada meninggalkan rumah, tanah atau kereta, manakala pinjaman bank terhadap harta-harta tersebut masih belum selesai, hutang ini harus diselesaikan terlebih dahulu.

Peringkat keduanya pula, harta pusaka tersebut akan diguna untuk perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengkebumian arwah suami. Bagi peringkat ketiga, segala hutang piutang arwah hendaklah diselesaikan.

Harta sepencarian juga merupakan antara hutang piutang yang perlu dilunaskan kepada isteri arwah, sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut sistem faraid. Bahagian yang puan akan dapat bergantung kepada sumbangan kewangan atau tenaga usaha yang puan telah berikan dalam memperoleh harta tersebut.

Jika puan ada mengeluarkan wang untuk mendapatkan harta tersebut, maka puan berhak mendapat separuh daripada harta sepencarian itu. Namun, jika puan tiada memberi sumbangan kewangan, tetapi mengeluarkan tenaga usaha dalam menjaga dan memelihara harta tersebut, sebagai contoh, puan mengurus dan mengusahakan sebidang tanah sehingga nilai tanah itu meningkat berbanding nilai asalnya, maka puan berhak mendapat 1/3 nilai tanah tersebut, sebagai harta sepencarian.

Mas kahwin yang masih terhutang merupakan hutang juga. Puan boleh menuntut nilai mas kahwin yang masih belum dibayar daripada harta pusakanya. Puan juga boleh menuntut pembayaran balik apa-apa hutang lain yang arwah suami masih belum bayar kepada puan.

Pada peringkat keempatnya, harta peninggalan arwah suami puan akan dibahagikan menurut wasiatnya jika ada. Tetapi jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya sebanyak 1/3 daripada harta peninggalannya.

Akhir sekali, harta pusaka yang masih berbaki akan dibahagikan mengikut sistem faraid, di mana waris-waris arwah suami puan juga berhak mendapat bahagian tertentu. Ini berdasarkan ayat 7 Surah An-Nisa yang bermaksud: "Bagi lelaki ada hak bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada hak bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya…"

Berhubung dengan soalan puan, ibu arwah suami puan ada hak terhadap sebahagian harta peninggalannya yang akan difaraidkan. Ini berlandaskan ayat 11 Surah An-Nisa yang bermaksud: "….dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati." Berdasarkan ayat ini, ibu mertua puan mempunyai hak sebanyak 1/6 daripada harta pusaka suami puan.

Sementara itu, bahagian yang berhak diwarisi oleh puan pula digariskan di dalam ayat 12 Surah An-Nisa yang bermaksud: "Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian kamu ialah seperlapan dari harta yang ditinggalkan".

Memandangkan puan mempunyai anak, bahagian yang akan difaraidkan kepada puan adalah 1/8. Tentang bahagian harta pusaka yang bakal diwarisi anak-anak perempuan puan pula, mereka akan dapat sebanyak 1/2 kerana puan tiada anak lelaki.

Sebagai kesimpulannya, puan berhak mendapat tiga bahagian daripada pembahagian harta pusaka arwah suami, iaitu sebahagian daripada harta sepencarian, hutang mas kahwin dan bahagian yang puan berhak dapat di bawah sistem faraid.



(VERSI ASAL)

Soalan:
Suami saya telah meninggal dunia dua bulan lepas dan dia ada meninggalkan harta pusaka. Adakah ibu mertua saya mempunyai hak ke atas harta pusaka tersebut? Berapa pula bahagian yang tinggal untuk saya dan dua orang anak perempuan saya?

Selain itu, suami saya masih berhutang duit mas kahwin. Masih bolehkah saya tuntut mas kahwin tersebut?

Emma Syafawati Wahab,
Ipoh, Perak.

Jawapan:
Kami di Sisters In Islam mengucapkan takziah kepada puan sekeluarga. Semoga roh suami puan dicucuri rahmat Allah S.W.T.

Apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia, sudah tentu kita dihadapi dengan persoalan pembahagian harta pusaka. Seperti yang kita ketahui, Malaysia secara amnya mengambil pendapat Mazhab Shafii dalam hal perundangan Islam.

Maka, menurut Mazhab Shafii, terdapat beberapa peringkat dalam menguruskan pembahagian harta pusaka, sebelum boleh dibahagikan mengikut sistem faraid, kepada ahli-ahli waris.

Peringkat pertama, hendaklah diselesaikan hutang yang masih ada ke atas harta peninggalannya. Contohnya, jika arwah suami puan ada meninggalkan rumah, atau tanah, atau pun kereta, manakala pinjaman bank terhadap harta-harta tersebut masih belum selesai, hutang ini harus diselesaikan terlebih dahulu.

Peringkat keduanya pula, harta pusaka tersebut akan diguna untuk perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengkebumian arwah suami.

Bagi peringkat ketiga, segala hutang piutang arwah hendaklah diselesaikan. Jika masih ada hutang di bank, hutang sesama manusia, perlulah dibayar.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa harta sepencarian merupakan antara hutang piutang yang perlu dilunaskan kepada isteri arwah, sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut sistem faraid. Bahagian yang puan akan dapat bergantung kepada sumbangan kewangan atau tenagausaha yang puan telah berikan dalam memperolehi harta tersebut.

Jika puan ada mengeluarkan wang untuk mendapatkan harta tersebut, maka, puan berhak mendapat separuh daripada harta sepencarian itu. Namun, jika puan tiada memberi sumbangan kewangan, tetapi mengeluarkan tenagausaha dalam menjaga dan memelihara harta tersebut, sebagai contoh, puan mengurus dan mengusahakan sebidang tanah sehingga nilai tanah itu meningkat berbanding nilai asalnya, maka puan berhak mendapat 1/3 nilai tanah tersebut, sebagai harta sepencarian.

Mas kahwin yang masih terhutang merupakan hutang juga. Puan boleh menuntut nilai mas kahwin yang masih belum dibayar daripada harta pusakanya untuk melangsaikan hutangnya terhadap puan. Bukan setakat itu sahaja, puan juga boleh menuntut pembayaran balik apa-apa hutang lain yang arwah suami masih belum bayar kepada puan, sebagai contohnya, jika arwah suami tidak membayar nafkah kepada puan, jika dia meminjam wang puan untuk membeli harta dan sebagainya.

<!-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"MS 明朝"; mso-font-charset:78; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:1 134676480 16 0 131072 0;} @font-face {font-family:Verdana; panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1593833729 1073750107 16 0 415 0;} @font-face {font-family:"Cambria Math"; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-536870145 1107305727 0 0 415 0;} @font-face {font-family:Cambria; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-536870145 1073743103 0 0 415 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; margin:0cm; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:Cambria; mso-ascii-font-family:Cambria; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"MS 明朝"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Cambria; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi; mso-ansi-language:EN-AU;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-family:Cambria; mso-ascii-font-family:Cambria; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"MS 明朝"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Cambria; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi; mso-ansi-language:EN-US;} @page WordSection1 {size:612.0pt 792.0pt; margin:72.0pt 90.0pt 72.0pt 90.0pt; mso-header-margin:36.0pt; mso-footer-margin:36.0pt; mso-paper-source:0;} div.WordSection1 {page:WordSection1;} --> Pada peringkat keempatnya, harta peninggalan arwah suami puan akan dibahagikan menurut wasiatnya jika ada. Tetapi jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya sebanyak 1/3 daripada harta peninggalannya.

Akhir sekali, harta pusaka yang masih berbaki akan dibahagikan mengikut sistem faraid.

Pembahagian harta pusaka secara faraid adalah pembahagian harta pusaka di mana waris-waris arwah suami puan yang berhak akan mendapat bahagian tertentu. Ini berdasarkan ayat 7 Surah An-Nisa yang bermaksud: "Bagi lelaki ada hak bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada hak bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya"

Berhubung dengan soalan puan, ibu arwah suami puan ada hak terhadap sebahagian harta peninggalannya yang akan difaraidkan. Ini berlandaskan ayat 11 Surah An-Nisa yang bermaksud: ”…dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati." Berdasarkan ayat ini, ibu mertua puan mempunyai hak sebanyak 1/6 daripada harta pusaka suami puan.

Sementara itu, bahagian yang berhak diwarisi oleh puan pula digariskan di dalam ayat 12 Surah An-Nisa yang bermaksud: "Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian kamu ialah seperlapan dari harta yang ditinggalkan".

Memandangkan puan mempunyai anak, bahagian yang akan difaraidkan kepada puan adalah 1/8. Tentang bahagian harta pusaka yang bakal diwarisi anak-anak perempuan puan pula, mereka akan dapat sebanyak 1/2 kerana puan tiada anak lelaki.

Sebagai kesimpulannya, puan berhak mendapat tiga bahagian daripada pembahagian harta pusaka arwah suami, yakni sebahagian daripada harta sepencarian, hutang mas kahwin dan bahagian yang puan berhak dapat di bawah sistem faraid.

Panel Peguam Sisters In Islam.

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap