Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Anak tegah ayah hadiah rumah
email to someone printer friendly


Soalan:

Saya bernikah dengan seorang duda yang mempunyai sembilan anak. Sebelum bernikah, suami saya berjanji ingin menghadiahkan rumah yang kami diami sekarang kepada saya. Tetapi malangnya anak-anak suami saya semuanya tidak setuju.

Bolehkah mereka membantah kehendak suami saya? Adakah mereka ada hak? Saya bimbangkan masa tua saya nanti. Jika suami meninggal dunia nanti, ke mana saya yang tua dan uzur ini nak pergi?

Julianna Amran,
Selangor.

Jawapan:

Harta yang dikumpul bukanlah untuk direbut malah tujuannya supaya kita boleh mendapat manfaat daripadanya. Islam memberi kebebasan kepada pemilik harta bagaimana dia mahu menguruskan hartanya. Dalam kes puan ini, jika suami puan berniat untuk memberikan rumah tersebut sebagai hadiah, maka dari segi undang-undangnya ada cara untuk menjamin hak puan kelak.

Cara yang kami maksudkan ialah suami puan boleh berhibah, iaitu memberi sesuatu semasa hidupnya kepada seseorang.

Islam menggalakkan umatnya berhibah kerana hibah ini sangat bersesuaian dengan konsep tolong-menolong sesama kaum keluarga yang lebih afdal kerana boleh mengeratkan tali silaturahim, seperti firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tolong menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa."

Apabila sesuatu harta itu telah diisytiharkan sebagai hibah, secara automatik harta tersebut akan terkeluar daripada harta pusaka sekira pemberi meninggal dunia. Harta tersebut akan menjadi hak milik orang yang menerima hibah dan tidak lagi akan difaraidkan kepada waris-waris yang lain.

Di sini jika suami telah menghibahkan rumah tersebut kepada puan, anak-anaknya tidak lagi boleh menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka. Puan merupakan pemilik sah rumah tersebut.

Melihat kepada konteks pengurusan harta pusaka hari ini, hibah akan menjadi lebih berkesan jika dibuat secara bertulis. Menyerahkan hibah melalui satu dokumen atau membuat pindah milik harta di pejabat tanah akan memudahkan puan kemudian hari.

Suami puan dinasihati supaya memilih dua orang saksi bagi menandatangani dokumen hibah yang akan memudahkan proses penyaksian di mahkamah, jika keadaan memerlukan.

Dokumentasi dan penyaksian ini akan membantu puan sekiranya ada pertikaian antara waris-waras. Apabila mahkamah mengesahkan bahawa harta tersebut telah dihibahkan, maka waris-waris tidak boleh lagi menuntut bahagian daripada harta tersebut.

Soal pengurusan dan perancangan harta pusaka seharusnya dipandang serius oleh orang Islam keseluruhannya.

Ini dapat mengelakkan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh waris yang ditinggalkan. Oleh yang demikian, kami sarankan supaya orang-orang Islam mendapatkan khidmat nasihat daripada badan profesional yang mempunyai kelayakkan dalam bidang pengurusan harta pusaka.



(VERSI ASAL)

Soalan:
Saya bernikah dengan seorang duda yang mempunyai sembilan orang anak. Sebelum bernikah, suami saya berjanji ingin menghadiahkan rumah yang kami diami sekarang kepada saya. Tetapi, malangnya, anak-anak suami saya semuanya tidak setuju. Bolehkah mereka membantah kehendak suami saya? (Adakah) Mereka ada hak kah? Saya bimbangkan masa tua saya nanti. Jika suami meninggal dunia nanti, ke mana saya yang tua dan uzur ini nak pergi?

Julianna Amran,
Selangor.

Jawapan:
Harta yang dikumpul bukanlah untuk direbut malah tujuannya supaya kita boleh mendapat manfaat daripadanya. Islam memberi kebebasan kepada pemilik harta bagaimana dia mahu menguruskan hartanya. Dalam kes puan ini, jika suami puan berniat untuk memberikan rumah tersebut sebagai hadiah, maka, dari segi undang-undangnya, ada cara untuk menjamin hak puan kelak.

Cara yang kami maksudkan ialah suami puan bolehlah berhibah, iaitu memberi sesuatu semasa hidupnya, kepada seseorang.

Islam menggalakkan umatnya berhibah kerana hibah ini sangat bersesuaian dengan konsep tolong-menolong sesama kaum keluarga yang lebih afdal kerana boleh mengeratkan tali silaturrahim, seperti firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud, "Dan hendaklah kamu tolong menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa."

Apabila sesuatu harta itu telah diisytiharkan sebagai hibah, secara otomatik harta tersebut akan terkeluar daripada harta pusakanya sekiranya pemberi meninggal dunia. Harta tersebut akan menjadi hak milik orang yang menerima hibah dan tidak lagi akan difaraidkan kepada waris-waris yang lain.

Di sini, jika suami telah menghibahkan rumah tersebut kepada puan, anak-anaknya tidak lagi boleh menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka. Puan lah merupakan pemilik sah rumah tersebut.

Melihat kepada konteks pengurusan harta pusaka hari ini, hibah akan menjadi lebih berkesan jika dibuat secara bertulis. Menyerahkan hibah melalui satu dokumen atau membuat pindahmilik harta di pejabat tanah akan memudahkan puan kemudian hari.

Suami puan dinasihati supaya memilih dua orang saksi bagi menandatangani dokumen hibah yang akan memudahkan proses penyaksian di mahkamah, jika keadaan memerlukan.

Dokumentasi dan penyaksian ini akan membantu puan sekiranya ada pertikaian antara waris-waris. Apabila mahkamah mengesahkan bahawa harta tersebut telah dihibahkan, maka waris-waris tidak boleh lagi menuntut bahagian daripada harta tersebut.

Soal pengurusan dan perancangan harta pusaka seharusnya dipandang serius oleh Muslim (orang Islam) keseluruhannya. Ini dapat mengelakkan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh waris yang ditinggalkan. Oleh yang demikian, kami sarankan supaya orang-orang Muslim (Islam) mendapatkan khidmat nasihat daripada badan professional yang mempunyai kelayakan dalam bidang pengurusan harta pusaka.

Panel Peguam Sisters In Islam.

(Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel: telenisa@sistersinislam.org.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap