Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Isteri berhak harta sepencarian dan faraid
email to someone printer friendly


Soalan:

Saya merujuk kepada ruangan keluarga dan undang-undang bertarikh 1.6.2007. Menurut artikel ini, harta suami yang meninggal dunia bukan dibahagi terus secara faraid, tetapi melalui beberapa peringkat pembahagian yang lain.

Salah satu peringkat tersebut adalah pembahagian harta sepencarian bagi isteri yang masih hidup. Persoalan saya, adakah isteri masih dapat bahagian harta sepencarian selepas suaminya meninggal dunia jika isteri tersebut bekerja sepanjang tempoh perkahwinan?.

Apakah bahagian harta yang diperoleh oleh isteri selepas suaminya meninggal dunia?

Muhammad Kamil,
Kuala Lumpur

Jawapan:

Hukum syarak menetapkan apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan dibahagikan mengikut cara pembahagian tertentu. Lazimnya, cara pembahagian diketahui ramai adalah secara pembahagian faraid.

Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat beberapa peringkat dalam menguruskan harta pusaka sebelum boleh dibahagikan mengikut sistem faraid kepada para waris yang berhak.

Peringkat pertama, harta pusaka hendaklah digunakan untuk melangsaikan segala hutang-piutang yang masih belum dibayar oleh arwah suami berkenaan. Contohnya, jika arwah suami ada meninggalkan rumah atau kereta yang masih terhutang dengan bank. Hutang-hutang ini perlu dijelaskan terlebih dahulu dengan menggunakan harta peninggalan arwah suami.

Jika arwah suami ada berhutang dengan isterinya, sebagai contoh, mas kahwin yang belum habis dibayar, nafkah tertunggak dan sebagainya, ini juga perlu dilangsaikan terlebih dahulu.

Peringkat kedua pula, harta pusaka tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengebumian arwah suami.

Seperti artikel yang saudara baca, salah satu peringkat pembahagian harta arwah suami adalah pembahagian harta sepencarian. Ini adalah peringkat ketiga dalam menguruskan hartanya.

Bahagian yang akan diterima oleh isteri menurut kaedah pembahagian harta sepencarian bergantung kepada bentuk sumbangannya dalam memperoleh harta tersebut. Sumbangan yang dimaksudkan adalah sama ada sumbangan secara langsung iaitu sumbangan kewangan atau sumbangan secara tidak langsung iaitu sumbangan dari segi tenaga usaha.

Harta
Jika isteri mengeluarkan wang untuk mendapatkan harta tersebut, dia berhak mendapat sebahagian daripada harta itu sebagai harta sepencarian bergantung kepada jumlah wang yang disumbangkan.

Jika isteri tiada mengeluarkan wang dalam memperoleh harta berkenaan tetapi menyumbang dari segi tenaga usaha dalam menjaga dan memelihara harta tersebut, contohnya dengan mengusahakan sebidang tanah sehingga nilainya meningkat, dia berhak mendapat sebahagian nilai harta itu. Bahagian yang dia berhak dapat dalam keadaan ini kurang daripada bahagian yang diberi kepada pihak yang menyumbang dalam bentuk wang.

Untuk perhatian saudara, pembahagian harta sepencarian tidak mengambilkira faktor sama ada isteri kepada arwah suami bekerja atau tidak sepanjang tempoh perkahwinannya. Biarpun isteri bekerja, dia masih berhak mendapat bahagiannya di bawah kaedah pembahagian harta sepencarian seperti yang diterangkan di atas.

Pada peringkat keempat, harta peninggalan arwah suaminya akan dibahagikan mengikut wasiatnya jika ada. Tetapi jumlah harta yang boleh diwasiatkan adalah tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya sahaja.

Akhir sekali, harta pusaka yang masih berbaki akan dibagikan mengikut sistem faraid, di mana waris-waris arwah berhak mendapat bahagian tertentu, yakni seperempat jika tiada anak atau seperlapan jika mempunyai anak.



(VERSI ASAL)

Tajuk Cadangan: Isteri berhak terhadap harta sepencarian dan faraid.

Soalan:
Saya merujuk kepada ruangan keluarga dan undang-undang bertarikh 1.6.2007. Menurut artikel ini, harta suami yang meninggal dunia bukan dibahagi terus secara faraid, tetapi melalui beberapa peringkat pembahagian yang lain. Salah satu peringkat tersebut adalah pembahagian harta sepencarian bagi isteri yang masih hidup.

Persoalan saya, adakah isteri masih dapat bahagian harta sepencarian selepas suaminya meninggal dunia jika isteri tersebut bekerja sepanjang tempoh perkahwinan? Apakah bahagian harta yang diperolehi oleh isteri selepas suaminya meninggal dunia?

Muhammad Kamil,
Kuala Lumpur

Jawapan:
Hukum syara' menetapkan apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan dibahagikan mengikut cara pembahagian tertentu. Lazimnya, cara pembahagian diketahui ramai adalah secara pembahagian faraid.

Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat beberapa peringkat dalam menguruskan harta pusaka sebelum boleh dibahagikan mengikut sistem faraid kepada para waris yang berhak.

Peringkat pertama, harta pusaka hendaklah digunakan untuk melangsaikan segala hutang-piutang yang masih belum dibayar oleh arwah suami berkenaan. Contohnya, jika arwah suami ada meninggalkan rumah atau kereta yang masih terhutang dengan bank. Hutang-hutang ini perlu dijelaskan terlebih dahulu dengan menggunakan harta peninggalan arwah suami.

Jika arwah suami ada berhutang dengan isterinya, sebagai contoh, mas kahwin yang belum habis dibayar, nafkah tertunggak dan sebagainya, ini juga perlu dilangsaikan terlebih dahulu.

Peringkat kedua pula, harta pusaka tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengebumian arwah suami.

Seperti artikel yang saudara baca, salah satu peringkat pembahagian harta arwah suami adalah pembahagian harta sepencarian. Ini adalah peringkat ketiga dalam menguruskan hartanya.

Bahagian yang akan diterima oleh isteri menurut kaedah pembahagian harta sepencarian bergantung kepada bentuk sumbangannya dalam memperolehi harta tersebut. Sumbangan yang dimaksudkan adalah sama ada sumbangan secara langsung iaitu sumbangan kewangan atau sumbangan secara tidak langsung iaitu sumbangan dari segi tenaga usaha.

Harta
Jika isteri mengeluarkan wang untuk mendapatkan harta tersebut, dia berhak mendapat sebahagian daripada harta itu sebagai harta sepencarian bergantung kepada jumlah wang yang disumbangkan.

Jika isteri tiada mengeluarkan wang dalam memperolehi harta berkenaan tetapi menyumbang dari segi tenaga usaha dalam menjaga dan memelihara harta tersebut, contohnya dengan mengusahakan sebidang tanah sehingga nilainya meningkat, dia berhak mendapat sebahagian nilai harta itu. Bahagian yang dia berhak dapat dalam keadaan ini kurang daripada bahagian yang diberi kepada pihak yang menyumbang dalam bentuk wang.

Untuk perhatian saudara, pembahagian harta sepencarian tidak mengambilkira faktor sama ada isteri kepada arwah suami bekerja atau tidak sepanjang tempoh perkahwinannya. Biarpun isteri bekerja, dia masih berhak mendapat bahagiannya di bawah kaedah pembahagian harta sepencarian seperti yang diterangkan di atas.

Pada peringkat keempat, harta peninggalan arwah suaminya akan dibahagikan mengikut wasiatnya jika ada. Tetapi jumlah harta yang boleh diwasiatkan adalah tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya sahaja.

Akhir sekali, harta pusaka yang masih berbaki akan dibagikan mengikut sistem faraid, di mana waris-waris arwah berhak mendapat bahagian tertentu.

Secara kesimpulannya, isteri kepada suami yang telah meninggal dunia mempunyai hak ke atas harta peninggalannya menurut beberapa peringkat. Peringkat pertama, jika suaminya ada berhutang dengannya. Peringkat ketiga, pembahagian harta sepencarian. Akhir sekali adalah haknya di bawah kaedah pembahagian faraid yakni seperempat jika tiada anak atau seperlapan jika mempunyai anak.

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami. Semoga jawapan yang diberikan di atas bermanfaat kepada saudara dan para pembaca lain.

Panel Peguam Sisters In Islam.

(Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel: telenisa@sistersinislam.org.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap