Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Taklik Tambahan - Persetujuan Suami Isteri
email to someone printer friendly

Soalan:

Saya sudah baca beberapa kali di dalam ruangan ini bahawa saya boleh menambah takliq yang bakal suami akan lafazkan semasa akad nikah kelak. Saya dan tunang saya telah berbincang tentang perkara ini dan Alhamdulillah, Tunang saya bersetuju dengan tambahan syarat yang mahu saya masukkan. Bukan saya tak percayakan dia, tapi saya mahu juga nak lindung hak saya. Ramai rakan saya kata bahawa tak bagus ingatkan cerai semasa nak kahwin tapi saya rasa tak salah kalau saya cuba buat perkara yang baik. Bukan saya nak ingat cerai. Masalah saya ialah semasa saya hadiri kursus perkahwinan, saya ada tanya macamana nak buat perjanjian takliq ini. Ustaz itu kata tak payah dan tak perlu buat. Bila saya tanya kawan-kawan, tak ada seorang pun tahu bagaimana. Saya tak mampu nak jumpa peguam. Boleh tak SIS beritahu bagaimana nak buat takliq tambahan itu?

Dewi Abadi,
Kuala Lumpur


Jawapan:


Tahniah atas perkahwinan yang bakal saudari lalui kelak. Sememangnya ramai yang salah anggap terhadap tujuan takliq tambahan diadakan bagi pasangan yang mahu bernikah. Ia bukanlah satu cara bagi pasangan untuk merancang perceraian tetapi adalah satu cara bagi menyelamatkan perkahwinan. Ini adalah kerana bakal suami-isteri tersebut akan duduk berbincang mengenai alam dan bentuk perkahwinan yang akan mereka tempuhi kelak.

Takliq tambahan sememangnya dibenarkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, di bawah Seksyen 22. Saudari boleh mendraf perjanjian tersebut dan kemudian berbincang dengan bakal suami mengenai draf bagi mendapatkan persetujuannya. Ini agar semasa lafaz takliq kelak tidak timbul salah-faham. Pasangan boleh meletakkan apa-apa syarat tetapi ia haruslah dipersetujui oleh suami kerana dia harus melafazkannya.

Disini, kami sertakan satu draf perjanjian takliq tambahan sebagai contoh. Saudari boleh menuruti atau meletakkan syarat-syarat lain. Pastikan saudari mendapatkan saksi yang berkenaan.

CONTOH PERJANJIAN TAKLIQ

Perjanjian ini dibuat pada _____________(Isikan tarikh perkahwinan) antara¦ No Kad Pengenalan_______________(selepas ini digelar sebagai Suami) bagi satu pihak dan ___________________. No Kad Pengenalan (selepas ini digelar Isteri) bagi pihak lain.

Walhal:-
1. Suami dan Isteri telah bersetuju untuk berkahwin dan mengijab kabulkan nikah pada: _______________________

2. Suami dan Isteri telah bersetuju bahawa hak dan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri hendaklah tertakluk kepada syarat dan Takliq seperti dinyatakan di bawah ini.

3. Perjanjian dan takliq yang dinyatakan di bawah ini adalah tambahan kepada perakuan nikah dan hendaklah menjadi syarat penting dalam ijab kabul dan pernikahan Suami dan Isteri.

Maka, kedua-dua Suami dan Isteri dengan ini bersetuju seperti berikut:-
1. Saya,____________________(isikan nama suami) dengan ini melafaz dan berikrar seperti berikut:-

(a) Manakala saya merujuk akan Isteri saya tanpa redhanya,

(b) Manakala saya menggunakan kekerasan atau kezaliman dengan memukul atau mendera Isteri samada secara fizikal, mental atau emosi,

(c) Manakala saya menyekat atau menahan Isteri bekerja atau menyambung pengajiannya, atau keluar dari rumah samada untuk bekerja atau, menyambung pengajiannya,

(d) Manakala saya berkahwin sekali lagi dengan mana-mana pihak lain semasa perkahwinan saya dengan Isteri tanpa redhanya,

(e) Manakala saya menyekat atau menahan Isteri dari keluar rumah untuk menziarah keluarga,

(f) (Sila isikan apa-apa syarat yang telah dipersetujui)

maka mengadulah Isteri kepada mana-mana Hakim Syariah dan bersabit pengaduannya pada sisi Hakim Syariah itu, maka pada ketika itu tertalaklah Isteri dengan satu talak.

Dengan ini Suami menurunkan )
tandatangan saya di sini )
sebagai pengakuan bahawa )
saya telah melafazkan syarat )
dan TAKLIQ di atas dengan disaksikan ) ¦.
oleh saksi-saksi yang juga menurunkan ) (nama)
tandatangan mereka di bawah ini ) (no. kad pengenalan)
dalam kehadiran saya dan kehadiran )
saksi-saksi tersebut serentak:- )

Dengan ini Isteri menurunkan )
tandatangan saya di sini )
sebagai pengakuan bahawa )
Suami telah melafazkan syarat )¦.
dan TAKLIQ di atas dengan disaksikan ) (nama)
oleh saksi-saksi yang juga menurunkan ) (no kad pengenalan)
tandatangan mereka di atas ini )

Disahkan oleh saksi-saksi )
yang mengesahkan bahawa ) (nama)
Suami telah melafazkan syarat ) (no kad pengenalan)
dan TAKLIQ di atas dalam kehadiran )
kami berdua serentak )
Dalam kehadiran saya dan kehadiran ) (nama)
Saksi-saksi tersebut serentak:- ) (no kad pengenalan)

Panel Peguam Sisters In Islam.

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap