Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Walk and Rawk for Change
email to someone printer friendly


JEMPUTAN
walk and rawk for CHANGE
Penganjur: EMPOWER, Women's Aid Organisation, Sisters in Islam, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Suara Rakyat (SUARAM), Tenaganita, Centre for Independant Journalism (CIJ), Malaysia Youth and Students' Democratic Movement (DEMA), Persatuan Sahabat Wanita Selangor & All Women’s Action Society


Sambutan 100 tahun Hari Wanita Antarabangsa

Sabtu, 26 Mac 2011, 9.30pg – 12.00tghari,

Pasar Seni, Kuala Lumpur


Mengapa ‘Walk and Rawk for Change’?

·         Setiap hari, 10 orang wanita melaporkan kes berkaitan penderaan fizikal, seksual dan 
emosi;

·         Sebanyak 9,575 kes perkosaan dilaporkan dalam tempoh 5 tahun;

·         4 orang wanita diperkosa di Malaysia setiap hari;

·         Kes penderaan pekerja asing semakin meningkat;

·         Kadar gaji minimum masih belum dikuatkuasakan di Malaysia;

·         Gaji pekerja ladang wanita adalah jauh di bawah garis kemiskinan

·         Akta Pekerjaan telah dipinda sehingga mengenepikan hak wanita di tempat kerja;

·         Perlembagaan Malaysia masih mengandungi klausa yang mendiskriminasikan wanita;

·         Pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam telah menindas hak-hak wanita Muslim;

·         Penyertaan wanita dalam politik adalah kurang dari 10% selama 20 tahun;

·         Tiada peningkatan dalam penyertaaan wanita dalam tenaga kerja negara, ia masih
kekal pada 47% selama 20 years;

·         Isteri warga asing yang telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun masih
dinafikan hak taraf penduduk tetap.


Kita mahu suara dan penyertaan

-      Dilihat, didengari dan diberi hak saksama

Kami menyeru kepada SEMUA Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil kerajaan dan seluruh RAKYAT MALAYSIA - Jom KITA UBAH!

Kami mahukan suara dan penyertaan wanita di setiap tahap membuat keputusan

SUDIKAH ANDA BERJALAN BERSAMA KAMI?

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap