Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Suami penagih isteri tuntut cerai
email to someone printer friendly


Soalan:
SAYA ingin berpisah dengan suami kerana sudah tidak tahan dengan kelakuannya yang sering keluar masuk penjara. Tetapi kerana egonya, dia tidak mahu melepaskan saya.
Dia selalu kena tangkap kerana kes dadah dan mencuri. Tempoh tahanan selalunya antara lapan bulan hingga ke setahun. Kami ada seorang anak dan berpendapatan tetap. Sayalah yang menguruskan rumah tangga selama ini. Apakah cara untuk saya melepaskan diri jika dia memang berkeras tidak mahu menceraikan saya?

Farah Damina,
Kuala Lumpur.

Jawapan:
Pelbagai cara dalam Islam bagi membubarkan perkahwinan, antaranya ialah fasakh. Walaupun suami enggan melepaskan puan dalam kes ini, namun ada cara lain untuk mendapatkan keadilan.

Fasakh bolehlah ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan oleh perintah kehakiman. Seksyen 2(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak mengikut Seksyen 52.

Melihat kepada Seksyen 52 Akta, puan mempunyai beberapa alasan untuk memfailkan perceraian fasakh ini terhadap suami puan. Antaranya, puan boleh memfailkan fasakh atas alasan bahawa suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh tiga bulan. Puan juga boleh memberi alasan suami menganiaya, iaitu dengan lazim menyakiti atau menjadikan kehidupanmenderita disebabkan oleh kelakuannya.

Makna lazim menyakiti tidak semestinya merujuk kepada penderaan secara fizikal sahaja. Kes Hairun Mohd. Shariff lawan Omar Mohd. Nor menerangkan bahawa 'lazim menyakiti' boleh membawa maksud penganiayaan berbentuk mental seperti menyakiti hati dan perasaan. Penganiayaan ini haruslah dibuktikan berlaku acap kali.

Merujuk kepada kes puan ini, keadaan suami puan yang sering keluar masuk penjara dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami boleh dijadikan alasan fasakh.

Semasa perbicaraan fasakh, puan haruslah membawa bukti-bukti tentang keadaan suami puan yang sering keluar masuk penjara. Dokumen-dokumen yang berkaitan boleh puan peroleh di Jabatan Penjara yang berkenaan. Malah, puan juga boleh memanggil pegawai-pegawai di Jabatan Penjara berkenaan untuk menjadi saksi puan bahawa suami sememangnya keluar masuk penjara.



(VERSI ASAL)

Soalan:
Saya ingin berpisah daripada suami kerana sudah tidak tahan dengan (kelakuannya)suami saya yang sering keluar masuk penjara. Tetapi kerana egonya, dia tak mahu (me)lepaskan saya. Dia selalu kena tangkap kerana kes dadah dan mencuri. Semenjak empat tahun berkahwin, setiap tahun pasti dia akan masuk penjara dengan macam-macam kes. Tempoh tahanan selalunya antara lapan bulan hingga ke setahun. Lepas itu, dia keluar, selang dua bulan kemudian, dia masuk penjara semula. Kami ada seorang anak dan saya mempunyai (ber)pendapatan tetap. Tak ada bezanya dia ada atau tak ada. Sayalah yang menguruskan rumahtangga selama ini. Saya rasa tak ada gunanya kami bersama jika begini keadaannya. Tetapi, apakah caranya untuk saya melepaskan diri jika dia memang berkeras tak mahu ceraikan saya?

Farah Damina,
Kuala Lumpur

Jawapan:
Pelbagai cara dianjurkan oleh Islam bagi membubarkan perkahwinan, antaranya ialah fasakh. Di dalam kitab I'annah al-Talibin, juzuk 4, halaman 162 menyatakan yang bermaksud:

"Fasakh disyariatkan untuk membendung mudarat yang menimpa atas diri isteri."

Walaupun suami enggan melepaskan puan dalam kes ini, namun ada cara lain untuk mendapatkan keadilan.

Fasakh bolehlah ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan oleh perintah kehakiman.

Seksyen 2(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh hukum syara' mengikut seksyen 52.

Melihat kepada seksyen 52 Akta, puan mempunyai beberapa alasan untuk memfailkan perceraian fasakh ini terhadap suami puan.

Antaranya, puan boleh memfailkan fasakh atas alasan bahawa suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh tiga bulan.

Puan juga boleh memberi alasan suami menganiaya puan, iaitu dengan lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan nya menderita disebabkan oleh kelakuan(nya) aniaya.

Makna lazim menyakiti tidak semestinya merujuk kepada penderaan secara fizikal sahaja. Kes Hairun bt Mohd Shariff lawan Omar bin Mohd Nor menerangkan bahawa "lazim menyakiti" boleh membawa maksud penganiayaan berbentuk mental seperti menyakiti hati dan perasaan. Penganiayaan ini haruslah dibuktikan berlaku acap kali.

Merujuk kepada kes puan ini, keadaan suami puan yang sering keluar masuk penjara dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami boleh dijadikan alasan fasakh.

Semasa perbicaraan fasakh, puan haruslah membawa bukti-bukti tentang keadaan suami puan yang sering keluar masuk penjara. Dokumen-dokumen yang berkaitan boleh puan dapati di Jabatan Penjara yang berkenaan. Malah, puan juga boleh memanggil pegawai-pegawai di Jabatan Penjara berkenaan untuk menjadi saksi puan bahawa suami sememangnya keluar masuk penjara.

Mempertahankan sesuatu perkahwinan yang menzalimi isteri dan anak bukanlah perkara yang diseru oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 231 yang bermaksud, "Janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudharat kerana kamu hendak melakukan kezaliman".

Panel Peguam Sisters In Islam.

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap