Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Kenyataan Akhbar Bersama: Perbezaan Pendapat dalam Islam
email to someone printer friendly


Perbezaan Pendapat dalam Islam

25 February 2002


Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, jelas terdapat golongan yang berusaha untuk membisukan perbezaan pendapat dalam Islam. Ini merupakan suatu perkara berat yang melibatkan rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

Dalam keadaan di mana agama Islam semakin berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan masyarakat di Malaysia, undang-undang serta polisi awamnya, usaha sebegini untuk menyisihkan mereka yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam perbahasan isu-isu mengenai Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan pencabulan hak-hak asasi warga negara demokratik. Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang dihargai dalam tradisi Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan pelbagai mazhab. Mengkritik pandangan beberapa ulama' tertentu bukannya bermakna tidak menghormati para ulama'.

Kami menganggap percubaan menggunakan undang-undang untuk menjadikan perbezaan pendapat dalam Islam suatu jenayah, sebagai usaha merbahaya bagi memonopoli maksud dan kandungan ajaran Islam. Ini boleh membawa akibat buruk ke atas segenap sudut kehidupan awam di Malaysia.

Dalam situasi di mana Islam telah menjadi begitu berpengaruh, adalah semestinya bercanggah bagi mencadangkan bahawa hanya segolongan tertentu yang mempunyai satu pandangan sahaja yang berhak untuk bersuara mengenai Islam.

Supaya Islam menjadi relevan dan lebih difahami oleh rakyat Malaysia, maka semua pihak mestilah mengambil bahagian dalam mendefinasikan apakah maksud ajaran Islam kepada kita semua sebagai warga negara dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Semua warganegara, samada beragama Islam ataupun beragama lain, mempunyai hak untuk melibatkan diri dalam perbahasan mengenai isu-isu berkepentingan nasional yang menyentuh kehidupan kita, samada mengenai agama, ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan atau isu-isu sosial.

Dalam rangka masyarakat demokratik, kami yang bertandatangan di bawah ini meminta diadakan dialog yang terbuka, bertanggungjawab, rasional dan saling menghormati mengenai Islam dan kesannya ke atas kehidupan kita, samada kehidupan peribadi mahupun kehidupan awam.

Kebebasan bersuara adalah nilai universal yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan ditegaskan dalam ajaran Islam. Hak asasi ini, yang meliputi semua warganegara dalam segala perkara yang bersifat keagamaan dan juga yang bersifat duniawi, mestilah dilindungi dan diperkukuhkan, bukan sahaja oleh pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berpengaruh dalam masyarakat, tetapi juga oleh semua pihak dalam masyarakat sivil.

Disokong oleh

Organisations:

1. All Women's Action Society (AWAM)
2. Amnesty International Malaysia
3. Artist Pro Active (APA)
4. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
5. Centre for Independent Journalism
6. Civil Rights Committee of Selangor Chinese Assembly Hall (CRC)
7. Era Consumer (ERA)
8. Forum Iqra'
9. International Movement for a Just World (JUST)
10. Labour Resource Center (LRC)
11. Malaysian AIDS Council
12. Malaysian Local Democracy Initiatives (MALODI)
13. Movement Opposing Unethical Suppression of Expression (MOUSE)
14. Penang Anti-ISA Network (PAIN)
15. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM)
16. Persatuan Sahabat Wanita
17. Save Ourselves! (SOS!)
18. Sisters in Islam (SIS)
19. SOS Selangor
20. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
21. Tenaganita
22. Tholilaliyin Tholar (Sahabat Pekerja)
23. WIJADI
24. Women's Aid Organisation (WAO)
25. Women's Candidacy Initiative (WCI)
26. Women's Crisis Centre (WCC)
27. Women's Development Collective (WDC)
28. Women's Voice
29. United Chinese School Committees' Association of Malaysia (Dong Zong)
30. United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong)

Individuals:

1. Azah Aziz
2. Dato' Dr Salleh bin Mohd Nor
3. Dato' Lee Lam Thye
4. Dato' Mahadev Shankar
5. Dato' VC George
6. Datuk Param Coomaraswamy
7. Dr Mohammad Hirman Ritom Abdullah
8. Dr R. S. McCoy
9. Karim Raslan
10. Karpal Singh
11. Khairy Jamaluddin
12. Khoo Kay Jin
13. Lim Guan Eng
14. Lim Kit Siang
15. Muzaffar Tate
16. Prof Dato' Mohd Hamdan Adnan
17. Prof Dr Faisal Othman
18. Prof Dr Muhammad Hashim Kamali
19. Prof Dr Osman Bakar
20. Prof Dr Shad Faruqi
21. R. Bhupalan
22. Rita Sim
23. Sivarasa Rasiah
24. Tan Sri Dato' Haji Anuar Dato' Hj. Zainal Abidin
25. Tan Sri Dato' Musa bin Hitam
26. Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun
27. Tan Sri Dr Noordin Sopiee
28. YB Tan Seng Giaw
29. YB Teresa Kok

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap