Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Letter to the Editor: Penubuhan Jawatankusa Khas KWSP
email to someone printer friendly

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Y.B. Datuk Seri untuk mengkaji pelaksanaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sisters in Islam (SIS) mengalu-alukan tindakan yang bertujuan untuk memperbaiki pelaksanaan KWSP itu.


Bagaimanpun, kami berpendapat bahawa kajian itu tidaklah patut dihadkan kepada cara pelaksanaan sahaja tetapi perlu merangkumi isu yang lebih luas mengenai sifat, konsep dan maksud kumpulan wang simpanan seperti KWSP. Ia tidak sepatutnya dianggap secara automatik bahawa KWSP adalah sebahagian harta pusaka yang hendaklah, bagi orang Islam, dibahagikan di bawah sistem faraid. Dalam beberapa negara Islam di Timur Tengah misalnya Mesir, kumpulan wang sedemikian dianggap sebagai tabung amanah atau waqaf yang dimaksudkan untuk memberi saraan bagi orang tanggungan.



Pihak SIS telah mengemukakan beberapa cadangan berhubungan dengan perkara ini, yang dilampirkan bersama-sama ini.



Sekian dimaklumkan dengan hormatnya, dan atas perhatian dan pertimbangan pihak Y.B. Datuk Seri, kami mengucapkan ribuan terima kasih.




Yang ikhlas,



Zainah Anwar



Pengarah Eksekutif

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap