Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

MEMORANDUM: PERBANDINGAN RANG UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 DENGAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 1984
email to someone printer friendly

[html]
MEMORANDUM PERBANDINGAN RANG UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 DENGAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 1984
Perkara Sebab Syor
1. Tafsiran


Seksyen 2




"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali.




(Sila rujuk kepada mukasurat 2 Ulasan & Syor SIS)
Penekanan semula kepada Mazhab Shafie akan menyebabkan kesempitan dari segi tafsiran. Di Malaysia, Akta dan amalan yang ada kini tidak hanya menurut kepada Mazhab Shafie. Sebagai contoh:



1. dasar perceraian fasakh adalah berdasarkan Mazhab Maliki;




2. keperluan umur minima (16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki bagi Akta Keluarga Islam di    Wilayah Persekutuan) untuk berkahwin adalah mendorong kepada Mazhab Hanafi);





3. pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan wang adalah berdasarkan Mazhab Hanafi (Mazhab Shafie mesti menggunakan beras atau makanan asas).



Ini bermakna bahawa Malaysia menerima  pakai pendirian mazhab yang lain selagi ia tidak menyimpang dari akidah. Penekanan semula kepada mazhab Shafie sahaja akan menyekat perkembangan syariah dan perundangan di negara kita.





Tafsiran sedia ada telahpun menyatakan Hukum Syarak sebagai mana-mana mazhab yang diiktiraf. Cadangan kami untuk merujuk kepada prinsip maslahah akan menjelaskan asas mengenai penerimaan kaedah yang terbaik.



Adalah diterima sebagai kaedah syariah (siyasah shar'iyyah) bahawa Mahkamah Syariah boleh merujuk kepada 4 Mazhab yang utama dan menerima pakai prinsip yang terbaik berdasarkan maslahah (kepentingan awam).
Tafsiran Hukum Syarak di Seksyen 2 dipinda:



'Hukum Syarak' ertinya mana-mana mazhab yang diiktiraf dengan mengikut kaedah yang terbaik berpandukan prinsip maslahah.
2. Ta'liq lain



Tiada penjelasan di dalam akta mengenai ta'liq lain walaupun ia dinyatakan dalam Seksyen 22.




(Sila rujuk kepada mukasurat 4 dan 7-8 Ulasan & Syor SIS)
Undang-undang haruslah menerima pakai dan mengiktiraf apa-apa perjanjian ta'liq lain yang dipersetujui oleh pasangan. Surah al-Maidah 5:1 'Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad (perjanjian) itu'. Surah al-Isra' 17:34 'Sesungguhnya janji itu pasti di minta pertanggungan jawabnya'.



Hadith Rasulullah (saw) yang diriwayatkan oleh Uqba b. Amir (r.a.), 'Syarat yang paling patut dipenuhi olehmu ialah yang menjadikan persetubuhan (dengan isterimu) halal (untukmu)'. Hadis ini menunjukkan penerimaan syarat perkahwinan. Keingkaran syarat perjanjian haruslah boleh digunakan dan diterima oleh Mahkamah kerana pihak-pihak di dalam perjanjian tersebut faham mengenai syarat perjanjian. Paksaan tidak wujud .



Kam juga ingin menyarankan agar Mahkamah Syariah dan kerajaan mengiktiraf hak seorang wanita untuk meletakkan syarat melarang suami untuk berpoligami selagi wujud perkahwinan. Syarat ini adalah tidak melanggar hukum syarak. Suami arif mengenai syarat ini sebelum berkahwin dan telah bersetuju tanpa paksaan. Isteri tidak melarang suami berkahwin lagi (dibolehkan oleh hukum syarak) tetapi isteri tidak mahu berada di dalam perkahwinan berpoligami. Jika bakal suami tidak bersetuju dia bolehlah menolak syarat itu sebelum akad nikah dan terpulanglah kepada pihak perempuan itu pula sama ada masih hendak berkahwin dengan lelaki tersebut.



Oleh itu jika suami telah bersetuju,  persetujuannya hendaklah diiktiraf oleh Mahkamah (seperti yang dituntut oleh surah al-Maidah dan surah al-Isra').



Terdapat hadis Rasulullah yang tidak membenarkan Saidina Ali untuk berkahwin lain 'melainkan jika Ali menceraikan anak perempuanku (Fatimah), kerana anakku itu sebahagian daripadaku, dan apa yang menyedihkan dan menggusarkannya menyedihkan dan menggusarkanku juga, dan apa-apa kesusahan yang menimpanya juga dirasakan olehku.' (Sunan Ibn Majah)



Perjanjian yang melarang suami berpoligami dan hak isteri membantah dan menuntut cerai telah dipraktikkan oleh cicit Rasulullah (cucu kepada Fatimah dan Ali, anak kepada Husayn) yang bernama Sukayna.



Perjanjian berbentuk ini adalah juga dibenarkan oleh Mazhab Hanbali dan diterimapakai di beberapa Negara Islam lain, termasuk mereka yang bukan pengikut Mazhab Hanbali.



Dipraktikkan di Mesir, Jordan, Lebanon, Maghribi, Sudan - mengakui hak isteri bagi mensyaratkan haknya untuk bercerai sekiranya suami berkahwin lagi.




Kebebasan untuk menetapkan syarat tambahan dibenarkan di Yemen, Syria dan Arab Saudi.
Dimasukkan tafsiran 'ta'liq lain' dalam Seksyen 2: “Ta’liq lain” ertinya syarat-syarat atau terma-terma tambahan yang dipersetujui atas pilihan pihak-pihak yang berkahwin itu.
3. Harta Sepencarian




a. Sek 23(10)(b)
memperuntukkan bahawa di dalam permohonan perkahwinan poligami, Mahkamah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan untuk memerintahkan apa-apa aset di dalam perkahwinan dibahagi antara mereka atau dijual dan hasil jualan itu dibahagikan. (Sila rujuk kepada mukasurat 12-14 Ulasan & Syor SIS)




b. Sek 122 Bahasa yang digunakan dalam pembahagian harta sepencarian ialah bahasa yang tidak mengira jantina (gender neutral language), iaitu mana-mana “pihak” dalam perkahwinan dan tidak disebut pihak “isteri’ atau pihak “suami”. (Sila rujuk kepada mukasurat 27-29 Ulasan & Syor SIS)




c. Seksyen 106 dan Seksyen 108
Dalam seksyen ini pula, peruntukan telah dipinda bagi membolehkan juga Mahkamah membatalkan atau menahan /menegah perpindahan harta oleh pihak isteri. (Sila rujuk kepada mukasurat 40-42 Ulasan & Syor SIS)
Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk menyara kehidupan isteri dan keluarga, dan bukan tanggungjawab isteri untuk menyara kehidupan suaminya. Tidak adil kini apabila tanggungjawab tradisional lelaki ini dikurangkan tetapi ditambah dengan hak moden (hak sama rata ke atas harta yang diperolehi oleh isteri). Menurut undang-undang tradisional, wanita Islam berhak secara mutlak ke atas hartanya dan mempunyai hak untuk ditanggung oleh suami. Suami tidak berhak untuk menuntut nafkah dari isteri dan tiada hak ke atas harta isterinya. Tujuan asal konsep harta sepencarian dan upah dalam undang-undang adat Melayu adalah untuk melindungi kepentingan isteri. Konsep pemberian harta sepencarian bukan sahaja hanya adat orang Melayu tetapi terdapat : a: Surah An-Nisa 4:32 “orang lelaki beroleh bahagian dari usahanya dan orang perempuan beroleh bahagian dari usahanya juga” . b: Di situasi dimana isteri ada membuat sumbangan kewangan ke atas harta:. Kitab Al-Umm oleh Imam Shafie (jilid 10), Kitab Burghiatul Mustarshidin, Kitab Ianatu-al-Talibin, Kitab al-Bajuri yang mana menyebut jika harta-harta suami isteri telah bercampur dan tiada persetujuan mengenai hak masing-masing maka kedua hendaklah mengangkat sumpah dan harta akan dibahagikan sama banyak c: Di situasi dimana isteri tidak memberi sumbangan kewangan: Kitab al-Majmu menyatakan bahawa tidak  wajib ke atas isteri untuk berkhidmat kepada suami dengan memasak,membasuh dan lain-lain …. oleh itu apabila isteri sebenarnya membantu suami di dalam mengurus rumahtangga … dan menemaninya di dalam kehidupan … dan suami dibolehkan memperoleh harta dengan usahanya, isteri sebenarnya telah menyumbang dengan cara tidak langsung kepada perolehan harta tersebut. Kitab ini telah dirujuk oleh Jawatankuasa Ulangbicara Syariah Wilayah Persekutuan di dalam kes Rokiah lawan Mohd Idris (1989) 7 JH 111. Di Iran, konsep hak isteri yang diceraikan ke atas upah kerja rumahtangga yang dikenali sebagai “ujrah al-mithal” telah diperkenalkan melalui pindaan kepada undang-undang perceraian pada tahun 1992. Selagi proses perceraian tidak memberi hak samarata kepada isteri dan suami, adalah tidak wajar menggunakan bahasa yang tidak mengira jantina dalam pembahagian harta sepencarian. Hak mutlak wanita Islam ke atas hartanya dan  tanggungjawab/kewajipan lelaki Islam berkongsi hartanya dengan anak, isteri dan keluarganya adalah juga berkait dengan hak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian harta pusaka. Melalui peruntukan RUU ini, seorang suami boleh memohon agar haknya ke atas harta sepencarian dibahagikan kepadanya apabila dia memohon untuk berpoligami. Suami yang tidak bertanggungjawab dibolehkan untuk menuntut harta isteri sedia ada atau mendakwa bahawa harta yang telah dahulunya diberi kepada isteri sedia ada masih merupakan bahagian harta suami atau mahukan rumah perkahwinan mereka dijual untuk mendapat wang bagi menyara isteri barunya. Peruntukan ini adalah amat tidak adil terutamanya kepada isteri yang tidak bekerja, tidak mempunyai apa-apa pendapatan atau telah melalui tempoh perkahwinan yang lama. Bahasa tidak mengira jantina yang digunakan adalah sama dengan peruntukan pembahagian aset perkahwinan di bawah undang-undang sivil dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 bagi penganut agama lain. Tetapi ini tidak adil dan mempunyai kesan diskriminasi ke atas perempuan Islam kerana di dalam RUU tidak terdapat keseimbangan hak di antara pihak lelaki dan perempuan. Di bawah undang-undang keluarga sivil, terdapat keseimbangan hak kerana proses perceraian tidak mengira jantina (gender neutral), sama ada pihak yang memohon perceraian itu pihak suami atau pihak isteri, mereka perlu melalui proses yang sama; dengan itu peruntukan pembahagian aset perkahwinan yang tidak mengira jantina adalah adil bagi mereka. Undang-undang tradisional mengikut kebanyakan masyarakat, termasuk di Barat serta di Timur, memanglah mengutamakan hak pihak lelaki dalam berbagai perkara, tetapi biasanya terdapatlah juga keseimbangan dengan melebihkan kewajipan lelaki. SIS menerima banyak aduan daripada pihak wanita Islam yang mengatakan mereka telah terpaksa bersetuju melepaskan tuntutan mereka mengenai harta sepencarian agar mendapat persetujuan suami untuk perceraian. Malah terdapat juga aduan mengenai suami yang mengugut hendak membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta yang sebenarnya harta isteri sekiranya isteri tidak mengikut kehendaknya mengenai terma-terma perceraian itu. Pihak isteri Islam berada dalam kedudukan tawar-menawar yang lebih lemah mengenai terma-terma perceraian kerana proses perceraian mengutamakan suami, tetapi pembahagian harta sepencarian pula tidak lagi mengutamakan isteri tetapi meletakkan suami isteri atas kedudukan yang sama. Penggunaan bahasa yang tidak mengira jantinan adalah tidak sesuai digunakan bagi RUU kerana ia mempunyai kesan diskriminasi terhadap wanita Islam. a. Supaya peruntukan RUU ini digantikan dengan yang berikut: Sek 23(10) Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, apabila memberi kebenaran untuk pihak suami berpoligami di bawah seksyen ini, atau atas permohonan seseorang isteri sedia ada yang suaminya berkahwin lain dengan melanggar peruntukan seksyen ini – (a) untuk menghendaki seseorang lelaki membuat pembayaran nafkah berkala kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada dan anak-anaknya, dan boleh mengeluarkan perintah potongan gaji atau apa-apa perintah lain mengenai perkiraan cagaran harta atau pendapatan untuk melaksanakan perintah nafkah tersebut; dan (b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang didaftarkan dalam nama suami, yang diperolehi oleh pihak suami dan isteri hasil dari usaha bersama mereka atau yang diperolehi oleh usaha tunggal pihak suami, dalam masa perkahwinan mereka sebelum perkahwinan baru pihak suami, dibahagikan sebahagiannya kepada pihak isteri atau isteri-isteri sedia ada,dan prinsip-prinsip pembahagian harta sepencarian hendaklah terpakai dengan penyesuaian yang perlu bagi pembahagian aset untuk menjamin perlindungan kepentingan dan keadilan kepada pihak isteri sedia ada di bawah seksyen ini.” b. Supaya ditambah peruntukan baru sebagai Seksyen 122 (6) yang berikut: “(6) Berkenaan dengan harta sepencarian: (a) (a) apa-apa aset yang didaftarkan atas kedua-dua nama suami isteri hendaklah dianggap sebagai harta sepencarian dan dibahagikan sama rata antara mereka; (b) (b) apa-apa aset yang didaftarkan atas nama suami yang diperolehinya dalam tempoh perkahwinan hendaklah dianggap sebagai harta sepencarian di mana pembahagiannya adalah dua pertiga kepada pihak suami dan satu pertiga kepada pihak isteri kecuali jika -- (i) suami itu membuktikan bahawa aset itu adalah hartanya sendiri; atau bahawa isteri patut diberi bahagian yang kurang daripada satu pertiga; atau (ii) isteri itu membuktikan bahawa dia patut diberi bahagian yang lebih daripada satu pertiga; (c) apa-apa aset yang didaftarkan atas nama pihak isteri, walaupun diperolehinya dalam tempoh perkahwinan, hendaklah dianggap sebagai hartanya sendiri kecuali jika pihak suami membuktikan bahawa aset itu adalah harta sepencarian di mana suami itu patut diberi bahagian yang tidak lebih daripada satu pertiga.” c. Supaya kuasa yang diberi kepada Mahkamah untuk membuat perintah penahanan harta isteri dimansuhkan i. Seksyen 106 Selagi kajian dan pentafsiran semula secara menyeluruh tersebut belum dilakukan, supaya peruntukan sedia ada dikekalkan, dengan memansuhkan perkataan-perkataan “atau isteri atau isteri yang dahulu” selepas perkataan “suami yang dahulu”; dan dengan memotong perkataan-perkataan “isterinya atau” selepas perkataan “menghalangi” dalam perenggan (i). ii. Seksyen 108 Supaya sama ada: · Dimansuh perkataan-perkataan “atau isteri, mengikut mana berkenaan” selepas perkataan “suami”; atau · peruntukan tambahan subseksyen (3) yang mengiktiraf perlunya diberi perlindungan kepada harta isteri dan pertimbangan kepada nafkah isteri seperti berikut: “(3) Dengan syarat bahawa Mahkamah tidaklah boleh mengeluarkan perintah tegahan terhadap apa-apa harta pihak isteri melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa isteri itu mempunyai nafkah yang mencukupi dan terdapat kes prima facie bahawa harta itu harta sepencarian dan bukan hartanya sendiri.”
4. Poligami



a. Seksyen 23 (5)



(a)
''patut atau perlu'. (Sila rujuk kepada mukasurat 10-12 Ulasan & Syor SIS)




b. Seksyen 23 (2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan  tanpa kebenaran di bawah subseksyen




(1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan  tertakluk kepada Sek 124
(Sila rujuk kepada mukasurat 8-9 Ulasan & Syor SIS)




c. Seksyen 124
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah





Penaltinya masih sama dengan penalti dalam Akta 1984 – denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(Sila rujuk kepada mukasurat 44-45 Ulasan & Syor SIS)
a. Perkahwinan poligami yang dicadangkan haruslah patut DAN perlu. Pindaan RUU kepada “patut atau perlu” telah melonggarkan syarat berpoligami. Pindaan ini nampaknya sengaja hendak menolak dan mengetepikan penghakiman Jawatankuasa Rayuan Syariah dalam kes Aishah v. Wan Mohd Yusof (1990) 7 JH 152. yang telah menekankan bahawa kesemua syarat di bawah subseksyen ini sama pentingnya dan hendaklah dibuktikan berasingan. Pihak suami telah memberi alasan untuk berpoligami bagi maksud menghalalkan pertalian kasih sayangnya dengan perempuan yang berkenaan. Jawatankuasa Rayuan Syariah berpendapat bahawa walaupun alasan ini mungkin mencukupi untuk memenuhi syarat “keperluan” untuk berpoligami, tetapi ianya tidak ada kena-mengena dengan soal “kepatutan”. Jawatankuasa itu menegaskan bahawa sebagai seorang Islam, dia patut boleh mengawal nafsunya dan mengelakkan diri dari melakukan zina dan perkara maksiat. b. Seksyen ini membenarkan pendaftaran perkahwinan poligami yang diakadnikahkan tanpa kebenaran -- adalah sama dengan peruntukan yang dimasukkan oleh Akta Pindaan tahun 1994. Pihak kami telah mengemukakan bantahan terhadap peruntukan ini dalam memorandum tahun 1996. c. Pada hakikatnya, penalti yang terdapat dalam RUU telah tidak berjaya mencegah suami yang curang daripada mengambil kesempatan kelonggaran undang-undang dan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah. Ini juga mengambil kira keadaan masyarakat pada masa ini di mana denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit boleh dibayar oleh kebanyakan anggota masyarakat. Kami juga mendapati bahawa Mahkamah Syariah amat kurang menggunakan peruntukan penjara yang dibolehkan oleh Enakmen. Penggunaan hukuman secara penjara boleh menjadi penghalang (deterrent) bagi pihak-pihak yang mahu melanggar undang-undang. Keadaan begini bukan sahaja menjejaskan kedudukan wanita tetapi juga menjejaskan kewibawaan Mahkamah kerana Mahkamah seolah-olah tidak dihormati. Cadangan kami untuk menaikkan penalti telah tidak dimasukkan. a.i. Seksyen 23(5)(a) dipinda semula ke: 'patut dan perlu' a.ii. Penambahan syarat - Syarat (e) telah digugurkan oleh Akta Pindaan tahun 1994. Syor kemasukan semula syarat (e) ini, iaitu: “bahawa perkahwinan poligami yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung atau tidak langsung taraf kehidupan yang dinikmati oleh isteri dan orang-orang tanggungan yang sedia ada.” b. Syor supaya sama ada: · peruntukan ini digugurkan; atau · peruntukan tambahan dimasukkan bagi melindungi kepentingan isteri sedia ada. Isteri sedia ada yang suaminya berkahwin tanpa kebenaran patutlah diberi pilihan, dan sama ada dia membuat pilihan untuk menuntut perceraian ataupun tidak, hak-hak kewangannya hendaklah dijamin. Hak-hak itu termasuklah memperolehi  nafkah berkala yang mencukupi sekiranya dia memilih meneruskan perkahwinannya, dan hak harta sepencarian, nafkah iddah dan mut’ah sekiranya dia bercerai. c. Supaya penalti satu ribu ringgit digantikan dengan penalti lebih berat yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah, iaitu seperti berikut: “denda yang tidak kurang dari satu ribu ringgit dan tidak lebih dari lima ribu ringgit, serta penjara mandatori yang tidak kurang daripada empat minggu dan tidak lebih daripada satu tahun.
5. Pembayaran Muta'ah





a. Seksyen 2 Tafsiran Muta'ah diperjelaskan sebagai pampasan dan bukan saguhati. (Sila rujuk kepada mukasurat 3 Ulasan & Syor SIS)




b. Seksyen 58
diadakan garispanduan bagi pembayaran muta'ah. (Sila rujuk kepada mukasurat 25-26 Ulasan & Syor SIS)
Mazhab Shafie menekankan kewajipan pembayaran muta'ah atau wang pampasan oleh suami. Ia harus menurut garispanduan yang perlu ditetapkan supaya tidak timbul kekeliruan mengenai tahap pampasan yang boleh diberi oleh Mahkamah. Tempoh perkahwinan haruslah dikira dalam menentukan jumlah mut’ah. Tujuan mut’ah adalah untuk mententeramkan perasaan isteri apabila dicerai. Sudah tentu perasaan isteri yang sudah berumur dan telah lama berkahwin akan lebih hancur berbanding dengan isteri yang lebih muda dan telah berkahwin bagi tempoh yang singkat, dan berkemungkinan lebih berupaya untuk menyesuaikan dirinya untuk mencari pendapatannya sendiri. Kekhuatiran terhadap masa hadapan yang gelap untuk memperolehi bantuan terhadap sara hidup tentulah menambah kehancuran perasaan isteri. Perceraian yang berlaku setelah lama tempoh perkahwinan biasanya merupakan pengalaman yang lebih pahit dari perceraian yag berlaku di dalam perkahwinan yang singkat tempohnya. Mengenai ukuran minimum bagi mut’ah, terdapat beberapa cara yang telah digunakan oleh Mahkamah Syariah di negara lain. Kami mengesyorkan agar pengiraan mut’ah mengambil kira faktor-faktor jumlah pendapatan, taraf, umur, kesihatan dan hal ehwal kewangan pihak-pihak berkenaan, tempoh perkahwinan itu dan keadaan perceraiannya. Kami mengesyorkan apabila suami melafazkan talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah maka pengiraan mut’ah kepada isteri haruslah dinaikkan kerana adalah jelas bahawa suami  telah cuba mengelakkan dari dari prosedur Mahkamah dan tanggungjawabnya. Pengubahsuaian dalam syor peruntukan di sini kepada pengiraan mut’ah adalah untuk memastikan lagi keadilan bagi kedua-dua pihak suami serta isteri. Bayaran ini haruslah ditetapkan semasa proses perceraian. a. Supaya takrif “mut’ah” pada Seksyen 2 dipinda seperti berikut: “Mut’ah” ertinya bayaran pampasan yang kena diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan”. b. Ditambah peruntukan baru bagi Seksyen 58 iaitu subseksyen (2), (3) dan (4) untuk mengadakan garispanduan bagi membantu Mahkamah mentaksirkan jumlah mut’ah yang wajar dan patut, seperti berikut: “(2) Dalam mentaksirkan jumlah mut’ah yang wajar dan patut, Mahkamah hendaklah memberi pertimbangan kepada: (a) taraf, pendapatan dan sumber kewangan pihak-pihak itu; (b) tempoh perkahwinan pihak-pihak itu; (c) umur dan keadaan kesihatan pihak-pihak itu; dan (d) hal keadaan perceraian itu; misalnya jika suami lafaz talaq tanpa kebenaran di luar mahkamah, hal ini menjadi satu faktor untuk menaikkan jumlah mut’ah bagi isteri. “(3) Dalam pengiraan jumlah mut’ah itu, Mahkamah haruslah menetapkan satu    kadar wang harian sebagai kemampuan pihak suami dan menggandakannya dengan jumlah hari tempoh perkahwinan tersebut.” “(4) Pihak suami boleh dibenarkan oleh Mahkamah untuk membayar jumlah mut’ah dengan cara ansuran.”
6. Perintah untuk membubarkan perceraian atau untuk fasakh.




Sek 53

Pindaan itu telah melanjutkan hak untuk menuntut fasakh pada amnya kepada pihak suami.
(Sila rujuk kepada mukasurat 20-22 Ulasan & Syor SIS)
Kami amat kecewa dan dukacita dengan pindaan kepada seksyen 53 RUU. Pindaan-pindaan kepada seksyen 53 telah menambahkan hak pihak suami tanpa menambahkan hak atau perlindungan kepada hak isteri. Pindaan itu telah melanjutkan hak untuk menuntut fasakh pada amnya kepada pihak suami. Kelonggaran yang diberi kepada suami untuk fasakh haruslah dimansuhkan kerana ia amat tidak adil kepada wanita. Suami telah ada mempunyai hak ke atas talaq. Dalam RUU ini, alasan bagi suami menuntut fasakh telah diperluaskan lebih daripada itu. Terdapat percanggahan pendapat di kalangan ulama’ mazhab Sunni tentang sama ada hak fasakh juga diberi kepada pihak suami. Contohnya, mazhab Hanafi hanya memberi hak fasakh kepada pihak isteri, dan mazhab yang lain memberi fasakh kepada kedua-dua pihak apabila alasannya ialah penyakit berjangkit atau penyakit yang menghalang persetubuhan. Dalam RUU ini, alasan bagi suami menuntut fasakh telah diperluaskan lebih daripada itu. Kami mendapati sungguh aneh bahawa apabila terdapat percanggahan pendapat ulama’, mengenai sesuatu kaedah, terdapat kecenderungan menerima pendapat yang lebih memberi faedah kepada pihak suami serta juga memperluaskan lagi faedah itu. Sebaliknya, apabila terdapat percanggahan pendapat ulama’ mengenai kaedah lain yang boleh memberi faedah kepada pihak isteri (contohnya yang memperluaskan hak ta’liq atau perceraian tafwid bagi pihak isteri), pendapat yang memberi faedah kepada pihak isteri itu diketepikan dan tidak diterima. Malah cadangan draf subseksyen (1) telah juga memberi pihak suami sesuatu hak yang tidak pernah diberi pada zaman awal Islam, terutamanya dalam perenggan (h)(iv) yang menjadikan alasan untuk fasakh sekiranya: “melupuskan harta isteri atau suami, melarang isteri atau suami, itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.” Mengikut Hukum Syarak, suami memanglah tidak berhak mengambil daripada harta isterinya, tetapi isteri berhak mengambil daripada harta suaminya sekiranya suami tidak memberinya nafkah yang mencukupi (Hadith Rasulullah (saw) mengenai Hendon dan suaminya Abu Suffian). Kesan peruntukan ini menjadi lebih tidak adil apabila hak fasakh dilanjutkan kepada pihak suami kerana tidak terdapat peruntukan seimbang yang menghalang Mahkamah daripada membubarkan perkahwinan walaupun jika pembubaran perkahwinan itu tidak adil bagi isteri. (i) Dikekalkan peruntukan subseksyen (1)(h)(iv) yang sedia ada dengan menggugurkan kemasukan perkataan-perkataan “atau suami” di mana jua terdapat di dalamnya. (ii) Dipinda subseksyen (4) supaya tidak lagi perlu menunggu tempoh satu tahun mengenai sama ada suami mati pucuk, dan menggantikannya dengan peruntukan mengenai keterangan perubatan bagi perenggan (1)(e) dan juga subsesksyen (2) seperti berikut: “Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) atau subseksyen (2), Mahkamah hendaklah memuaskan hatinya dengan keterangan perubatan bahawa suami itu mati pucuk atau isteri atau suami itu menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.” (iii) Digugurkan subseksyen (5) yang terlalu melindungi hak suami dan boleh disalahgunakan untuk memberi kesan supaya Mahkamah tidak membubarkan perkahwinan walaupun isteri mempunyai alasan bagi fasakh dalam subseksyen (1).
7. Peluputan hak isteri ke atas nafkah dan tempat tinggal.



a. Sek 66




Penekanan kepada nusyuz isteri.



b. Sek 72(2)(d)



Perbuatan fahisyah isteri.
(Sila rujuk kepada mukasurat 31-33 Ulasan & Syor SIS)
Nusyuz sepatutnya ditafsirkan sebagai merosakkan keharmonian rumahtangga samada oleh suami atau isteri dan bukan sebagai keingkaran isteri terhadap suami sahaja. Ini adalah berdasarkan Surah an Nisa 4:34 dan 4:128 yang menyebut mengenai nusyuz bagi kedua-dua belah pihak. Isteri mempunyai hak ke atas nafkah dan tempat tinggal sepanjang tempoh perkahwinan dan selama dia berada di dalam tempoh iddah. Peruntukan yang ada mengenai nusyuz isteri dalam tempoh ‘iddah patut dimansuhkan kerana bertentangan dengan maksud dan semangat al-Quran, Surah At-Talaq 65:1 yang bermaksud: "Jangan singkirkan mereka (isteri-isteri) dari rumah mereka (semasa tempoh iddah)". Muhammad Asad menekankan bahawa kediaman di rumah kelamin itu merupakan hak, dan bukannya kewajipan, bagi isteri dalam tempoh ‘iddah. Seorang isteri itu berhak ke atas peruntukan kediaman walaupun dia telah dianggap nusyuz. Tuduhan "perbuatan memberahikan secara terbuka (fahisyah)” dikhuatiri boleh menggalakkan tuduhan palsu terhadap seorang perempuan. Tuduhan sedemikian biasanya dilakukan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab dan dia sendiri berkelakuan keji. Juga adalah sukar bagi Mahkamah untuk menentukan "perlakuan yang memberahikan" kerana ia adalah sesuatu yang amat subjektif. Tidak terdapat garispanduan bagi menentukan perlakuan tersebut. Tuduhan nusyuz dan berkelakuan fahisyah ke atas isteri hanya boleh dibuat oleh suami yang telah terbukti sebagai adil dan berakhlak baik. Beban pembuktian bagi tuduhan mestilah di tahap tanpa keraguan munasabah (beyond reasonable doubt). a. Dimasukkan tafsiran yang baru mengenai “nusyuz” di Seksyen 2 seperti berikut: “Nusyuz” ertinya merosakkan keharmonian rumah tangga oleh mana-mana satu pihak kepada perkahwinan itu”. b. Pindaan kepada Seksyen 66 (i) Supaya perkataan-perkataan “atau apabila isteri itu menjadi nusyuz” dalam Seksyen 66 (1) dimansuhkan. (ii). Supaya perkataan-perkataan “atau perintah” dimasukkan semula dalam subseksyen (2). (Mengenai subseksyen (2), peruntukan Akta 1984 sebelum dipinda oleh Akta Pindaan tahun 1994 ada merujuk kepada hak pemberian “di bawah sesuatu perjanjian atau perintah”. Terma-terma perjanjian perceraian di antara pihak-pihak itu mungkin juga dibuat atau disahkan melalui perintah mahkamah) c. Pindaan kepada Seksyen 72(1)(d) (i). Untuk memansuhkan perenggan (d) pada Seksyen 72(2); atau (ii). Supaya, bagi mengelak dari kemungkinan tuduhan palsu dibuat oleh suami terhadap isteri mengenai perlakuan sumbang, peruntukan tambahan seperti berikut ditambah kepada perenggan (d): “dengan syarat bahawa beban membuktikan tuduhan fahisyah hendaklah terletak pada pihak suami dan Mahkamah patut membuat keputusan hanya selepas berpuashati bahawa tuduhan telah terbukti tanpa keraguan munasabah, dan pihak yang membuat tuduhan itu hendaklah lelaki yang adil dan berakhlak baik.”
8.



a. Seksyen 89 – Hak kepada penjagaan (guardianship).





b. Seksyen 93
penjaga bersama dengan ibu.





c. Seksyen 103 –
penjaga anak yatim.





Peruntukan tersebut adalah sama dengan peruntukan sedia ada dalam Akta 1984.




d. Seksyen 92




perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat. Peruntukan ini hampir sama dengan peruntukan sedia ada dalam Akta 1984, kecuali perkataan “atau Kitabiyah” yang terdapat dalam Akta 1984 telah dimansuh dalam RUU.
(Sila rujuk kepada mukasurat 36-40 Ulasan & Syor SIS)
Kami amat dukacita dan kecewa kerana cadangan kami mengenai hak penjagaan bersama ibubapa tidak dimasukkan. Hanya bapa sahaja yang telah kekal diperuntukkan sebagai penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dengan diikuti oleh datuk lelaki sebelah bapa dan wasi-wasi mereka (subseksyen (1)). Subseksyen (2) pula memperuntukkan supaya bapa sentiasa mempunyai kuasa yang paling luas berhubung dengan penjagaan anak-anaknya. Berbeza dengan peruntukan mengenai hilangnya hak hadanah (custody), tiada peruntukan yang menyenaraikan hal keadaan di mana hak penjagaan (guardianship) itu hilang. Tidakkah patut bapa yang tidak bertanggungjawab, contohnya mereka yang tidak membayar nafkah anak, hilang hak penjagaan? Dan tidakkah patut ibu yang sebenarnya menanggung nafkah anak apabila bapa tidak memberi nafkah atau ibu yang turut memberi sumbangan nafkah anak jika nafkah daripada bapa tidak mencukupi, juga mempunyai hak penjagaan bersama secara automatik? Peruntukan bapa sebagai penjaga hakiki yang pertama dan utama pernah juga diperuntukkan dalam undang-undang sivil, iaitu Guardianship of Infants Act 1961 (Akta Penjagaan Budak), semasa ia berlandaskan undang-undang common law tradisional yang dahulu dipakai di England. Tetapi undang-undang sivil kini telah dipinda bagi memperuntukkan hak penjagaan bersama kepada kedua-dua ibubapa. Malah ajaran Islam meletakkan kedudukan para ibu di tempat yang mulia. Seksyen 103 RUU tidak menyebut apa-apa jua pun mengenai hak ibu sebagai penjaga, tetapi hanya merujuk kepada bapa dan datuk lelaki yang telah mati tanpa melantik penjaga melalui wasiat. Nampaknya ibu tidak diberi apa-apa keistemewaan dan hanya boleh dilantik sebagai penjaga dengan cara yang sama seperti mana-mana orang lain yang menjaga kanak-kanak itu. Supaya sama ada: · Dimansuhkan seksyen 89, 92, 93 dan 103, dan digantikan dengan peruntukan seksyen 89 baru sebagai penerimapakaian pindaan kepada Akta Penjagaan Budak seperti berikut: “89. Setakat yang tidak berlawanan dengan Hukum Syarak, peruntukan-peruntukan dan pindaaan-pindaan masa hadapan dalam Akta Penjagaan Budak Act 1961 berkenaan dengan hak ibubapa kepada penjagaan anak mereka boleh dipakai jika ia disifatkan adil dan demi kepentingan terbaik anak itu.”; atau secara alternatifnya: atau · Diadakan pindaan secara langsung dengan menggantikan seksyen 89, 92 93 dan 103 dengan seksyen 89 baru yang berikut: “89. (1) Walaupun hak terhadap hadanah atau jagaan anak mungkin terletak pada salah seorang sahaja di antara mereka atau pada seseorang lain, bapa dan ibu adalah bersama-samanya penjaga hakiki yang utama bagi diri dan harta anak mereka yang belum dewasa. (2). Jika salah seorang ibubapa meninggal du

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap