Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Memo: PER: RANG UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
email to someone printer friendly

Kami dengan hormatnya merujuk kepada surat Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga kepada kami bertarikh 1 Oktober 2002. Kami juga merujuk kepada Deraf kertas kajian mengenai wang caruman KWSP sebagai wang amanah yang dilampirkan bersama surat tersebut.
Bagi makluman Y Bhg Datin, Kami akan menimbulkan beberapa perkara semasa perbincangan tersebut. Diantaranya adalah seperti berikut:



1.         Wang KWSP tidak dijadikan sebagai harta pesaka si mati. Wang tersebut seharusnya di anggap sebagai wang tabungan atau wang pencen yang akan dibayar terus kepada waris terdekat sahaja. Konsep ini telah dipraktikkan di Negara Islam lain.



2.         Pihak KWSP tidak perlu diberikan kuasa untuk pengagihan secara faraid. Sekiranya wang tersebut hendak ditafsirkan sebagai wang amanah maka akaun KWSP tersebut boleh diisytiharkan sebagai satu amanah bagi benefisiari yang telah ditentukan oleh pemegang akaun. Konsep 'hibah' boleh digunakan di sini.



3.         Wang Harta Sepencarian hendaklah dibahagi terlebih dahulu kepada isterii sebelum apa-apa pembahagian ke atas wang KWSP dilakukan. Harta Sepencarian adalah harta yang terkumpul semasa perkahwinan dan ini adalah termasuk wang KWSP. Ia juga dianggap sebagai hutang ke atas isteri (Imam Syafie, Kitab Al Um, Jilid 10)



4.         Penamaan KWSP hendaklah dilakukan dan hendaklah dinamakan 'orang tanggungan' (dependents).



5.         Tidak sepatutnya terdapat kelewatan di dalam penerimaan Surat Kuasa Mentadbir atau Surat Probet. Sistem pemberian sijil faraid di Mahkamah Syariah telah sepatutnya dikomputerkan dan ini akan sepatutnya hanya mengambil masa tidak lebih satu hari bagi pengeluaran sijil faraid tersebut. Menerusi pengalaman kami pengeluaran Sijil Probet dari Mahkamah Sivil pula mengambil masa lebih kurang 2 bulan.




Sekiranya terdapat kelewatan sistem Mahkamah haruslah diperbaiki bagi membolehkan pengeluaran Sijil Probet. Pihak KWSP tidak perlu menjadikan ia sebagai satu alasan untuk mentadbir harta.




Di sini kami sertakan dokumen berikut bagi perhatian Datin:




1.         Surat Kepada Pengarang, 9 September 2002;




2.         Surat Kepada Pengarang, 27 September 2002;




3.         Nota Pentadbiran Harta Pusaka dan Wasiat Mengikut Islam oleh Dato' Ismail Yahya, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu; dan




4.         Salinan surat kami kepada Y Bhg Datuk Dr Ismail Ibrahim bertarikh 9 Oktober 2002.




Di atas perhatian dan keprihatinan Datin, kami ucapkan berbanyak terimakasih.




Yang Benar,




Nora Murat



Penyelaras Projek (Undang-Undang)

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap